Gambar: ingimage
Masalah kulit kusam merupakan salah satu kebimbangan utama ramai wanita. Namun tahukah anda bahawa kulit kusam dan lesu sebenarnya merupakan antara tanda pertama penuaan? Kulit semakin kehilangan seri semula jadi apabila usia semakin meningkat selain beberapa faktor seperti keletihan, kekurangan tidur, sinaran UV dan liang roma tidak sekata menyumbang kepada dilema ini. Namun usah gundah kerana masalah kulit kusam adalah hanya pada luaran kulit dan ianya boleh ditangani melalui rawatan semula jadi atau penggunaan produk penjagaan wajah. Ikuti tip khas ini.
1. Pengelupasan kulit
Menurut pakar dermatologi, sel-sel kulit mereka yang berumur 20 tahun akan diperbaharui dengan cepat. Namun ketika umur mula mencecah 30 hingga 40 tahun, ianya mula bertukar dalam kadar perlahan. Ini menyebabkan sel-sel kulit mati terkumpul seterusnya menjadikan kulit kusam. Namun ianya boleh ditangani dengan menggunakan produk penjagaan wajah yang menawarkan teknik pengelupasan. Waktu terbaik untuk menggunakannya adalah pada waktu malam kerana ianya akan turut membuang kotoran yang melekat di siang hari.
2. Melembap
Adalah amat penting untuk melembap kerana ia dapat menghindari dari terjadinya kulit kering dan kusam. Minum air lapan gelas sehari untuk memberi kelembapan pada setiap organ badan dan seterusnya kulit wajah. Gunakan produk pelembap kerana ia membantu mengekalkan air atau kelembapan kulit wajah seterusnya membangkitkan lagi seri.
3. Mencuci muka
Mungkin dianggap remeh namun sesetengah wanita masih mengabaikan rutin mencuci muka dua hari sekali. Jangan ambil mudah perkara ini sebaliknya jadikan amalan di waktu pagi dan malam agar kekotoran, habuk, juga solekan tidak melekat di wajah. Antara kebaikan lain ialah urutan ketika mencuci wajah mampu meningkatkan peredaran darah ke kulit.
4. Tidur
Tidur yang mencukupi menyumbang kepada perbezaan besar kerana ianya bukan sahaja memberi kesegaran sepanjang hari tetapi sel-sel kulit baru terhasil ketika waktu tidur seterusnya mengelakkan terjadinya proses penuaan kulit pra-matang dan kulit kusam. Menurut kajian, otot wajah berehat ketika waktu tidur sekaligus membantu mengurangkan garisan atau kedutan di wajah.
5. Rawatan semula jadi
Jika produk penjagaan wajah bukan pilihan, anda boleh gunakan bahan semula jadi untuk mengikis masalah kulit kusam. Campuran madu dan gula kasar boleh dijadikan sebagai bahan pengelupasan kulit manakala campuran buah pic dan tomato yang disapukan ke muka mampu membangkitkan seri wajah.
Rangkaian produk Clinique Turnaround Revitalizing turut punya solusi untuk mengatasi kulit kusam tidak bermaya. Untuk ketahui lanjut tentang produk rangkaian ini, klik lanjut atau layari laman web rasmi http://www.clinique.com.my/ untuk mendapatkan secara online.