Malam yang hangat dengan muzik dan denim! Itu yang boleh disimpulkan tentang pentas Road to FAM yang berlangsung di Over & Above, Kuala Lumpur minggu lalu.

Denim 501® Levi’s® akan terus diraikan dari masa ke semasa dan tahun ini keraian ulang tahun ke-150 denim ikonik ini label denim terkenal Amerika Syarikat ini berkolaborasi bersama 88rising dengan melancarkan Road to FAM (Future Asian Music). Kolaborasi ini merupakan sebuah siri muzik percuma di beberapa kota di Asia Tenggara seperti Singapura, Jakarta, Manila dan juga kota metropolitan kebanggaan kita, Kuala Lumpur. Siapa 88rising adalah sebuah platform pengedaran muzik serta kandungan berteraskan komuniti yang membina bakat generasi baharu artis muzik Asia.
Muncul sekitar jam 11 malam, Zamaera muncul dalam persalinan denim kustom- korset, skirt dan jaket menghangatkan pentas dengan beberapa lagu. Energi Zamaera malam itu membuktikan dia adalah wakil yang tepat untuk mewakili Malaysia ke pentas Future Asian Music yang dijadualkan akan berlangsung di Bangkok pada 19 Jun 2025. Sebelum Zamaera naik ke pentas, audien terlebih dahulu dihiburkan dengan putaran muzik DJ Roshan dan DJ Damien Mirza.
Antara penyanyi dan pempengaruh yang hadir menghangatkan malam Road to FAM Kuala Lumpur ialah Nia Atasha, Sean Lee, Lucidrari, Chubb-E, Gaston Pong, dua beradik Christinna Kuan dan Jestinna Kuan dan juga model seperti Natalie Prabha dan Cyii Cheng.
Setiap kota yang dijelajah Levi’s® akan diwakili seorang bintang, dan siapa yang akan menggegarkan pentas di Kuala Lumpur? Tidak lain dan tidak bukan penyanyi hip-hop ternama Zamaera. Bagi Zamaera pemilihan ini adalah satu penghormatan buat dirinya apabila penyanyi wanita diberi kepercayaan untuk mewakili Malaysia di FAM. “saya ingin menunjukkan kepada dunia apa yang mampu dilakukan oleh KL,” kongsinya.
Tiga lagi artis utama yang akan menyertai FAM ialah Zack Tabudlo dari Manila. Zack merupakan penyanyi lelaki pertama Filipina yang berjaya mencapai 1 bilion penstriman di Spotify menerusi lagu ‘Binibini’. Singapura akan diwakili Fariz Jabba yang hit dengan lagu ‘Ape Sia’ manakala Ramengvrl yang membolot lima trofi di Anugerah Musik Indonesia akan mewakili Jakarta.
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Levi’s®, Kenny Mitchell, “Road to FAM mencerminkan hubungan 150 tahun Levi’s® dengan muzik dan ekspresi diri, bermula daripada peranan jeans 501® dalam revolusi jazz dan hip-hop sehinggalah kepada simbolik ketahanan serta ketabahan para artis. Selama 150 tahun, Levi’s® dan 501® telah menjadi sebahagian daripada pergerakan muzik dan budaya di seluruh dunia,”
BACA: Gaya Selebriti Paling Menyerlah di American Music Awards 2025