Bulan Mei sudah ke penghujung, laman penstriman Netflix membariskan seleksi rancangan baharu yang pasti menghiburkan anda sepanjang Jun tahun ini.
Bulan Jun ini, Netflix akan menyajikan pelbagai genre rancangan yang menarik, daripada siri drama hingga dokumentari. Netflix menampilkan barisan pelakon baru dan ternama yang semestinya pengguna Netflix teruja untuk menyaksikan seleksi akan hadir.
EH! membariskan rancangan Netflix perlu tonton sepanjang Jun 2025.
Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One
Ethan Hunt dan pasukan IMF mesti menjejaki satu senjata baru yang menakutkan yang boleh mengancam seluruh umat manusia jika jatuh ke tangan yang salah. Dengan kawalan terhadap masa depan dan nasib dunia menjadi pertaruhan, satu perlumbaan maut di seluruh dunia pun bermula. Berdepan dengan musuh misteri yang sangat berkuasa, Ethan terpaksa mempertimbangkan bahawa tiada apa yang lebih penting daripada misi — hatta nyawa mereka yang paling dia sayangi.
The Demon’s Bride
The Demon’s Bride (Pengantin Setan) ialah filem seram Indonesia yang mengisahkan Ranti, seorang isteri dan ibu yang menghadapi tragedi apabila anak perempuannya, Nina, meninggal dunia dalam satu kemalangan. Dalam keputusasaan, Ranti membuat perjanjian dengan makhluk ghaib untuk menghidupkan semula anaknya. Namun, perjanjian itu membawa akibat yang mengerikan apabila roh jahat mula mengganggu keluarganya. Ranti terpaksa berhadapan dengan kuasa gelap dan membuat pengorbanan besar demi menyelamatkan orang yang disayanginya.
The Survivors
The Survivors ialah siri drama misteri Australia. Berdasarkan novel terlaris oleh Jane Harper, siri ini mengisahkan Kieran Elliott yang kembali ke kampung halamannya di Evelyn Bay, Tasmania, selepas 15 tahun tragedi ribut yang meragut nyawa tiga orang, termasuk abangnya, Finn. Kepulangannya membawa kepada penemuan mayat seorang wanita muda, yang mencetuskan penyiasatan dan membuka semula luka lama serta rahsia yang telah lama terpendam dalam komuniti tersebut.
The Last 7 Days
Filem ini mengisahkan keluarga Tari yang mengalami peristiwa seram selepas kematian neneknya, Anggun. Anggun meninggal dalam keadaan misterius, dan keluarga Tari mendapati bahawa arwah nenek mereka belum tenang. Mereka terpaksa menunaikan janji lama nenek untuk menghapus kutukan yang membelenggu keluarga mereka. Selama tujuh hari selepas kematian Anggun, mereka dihantui oleh kejadian-kejadian aneh dan menakutkan. Tari dan adiknya, Kadar, berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini sebelum terlambat.
Mercy For None
Mercy For None ialah siri drama aksi-noir Korea Selatan yang dibintangi oleh So Ji Sub sebagai Nam Gi-jun, seorang bekas ahli geng yang keluar dari dunia jenayah dengan memotong tendon Achillesnya. Selepas 11 tahun, dia kembali untuk menyiasat kematian adiknya, Nam Gi-seok, yang terbunuh secara misteri. Gi-jun terpaksa berhadapan dengan dunia gelap yang pernah ditinggalkannya, berjuang untuk membongkar kebenaran dan membalas dendam.
Sara- Woman in the Shadows
Sara- Woman in the Shadows mengisahkan Sara, seorang bekas ejen perisikan yang terpaksa kembali ke dunia gelapnya selepas kematian misteri anak lelakinya. Bersama rakan lama dan sekutu baharu, dia menyiasat rangkaian jenayah yang semakin membimbangkan, sambil menghadapi rahsia yang tersembunyi tentang siapa sebenarnya anaknya.
Uninvited
Sebuah filem thriller jenayah Filipina yang mengisahkan Lilia Capistrano, seorang ibu yang menghadiri pesta hari jadi seorang bilionair yang bertanggungjawab atas kematian anak perempuannya. Dengan menyamar sebagai dermawan, Lilia merancang untuk membalas dendam ke atas lelaki tersebut dan kumpulan pengikutnya.
Tyler Perry’s Straw
Tyler Perry’s Straw mengisahkan tentang Janiyah, seorang ibu tunggal yang berjuang untuk menyara hidup, mendapati dunianya hancur apabila hari yang buruk menjadi semakin teruk. Dalam usaha untuk menjaga anak perempuannya yang sakit, dia terpaksa membuat keputusan yang mengejutkan dan mendapati dirinya menjadi suspek utama dalam satu jenayah yang tidak disengajakan.
K.O
K.O. ialah filem aksi Perancis yang dibintangi oleh Ciryl Gane, seorang bintang MMA terkenal. Ia mengisahkan Bastien, seorang bekas petarung MMA yang secara tidak sengaja membunuh lawannya dalam perlawanan lalu. Tiga tahun kemudian, dia berusaha menebus kesalahannya dengan mencari anak lelaki lawannya yang hilang, terlibat dalam pertempuran dengan sindiket jenayah di Marseille.