Sapuan blusher yang tepat mampu menyerlahkan kesegaran wajah dalam sekelip mata seakan mencipta ilusi ‘healthy glow’ yang seolah-olah baru pulang dari percutian yang menenangkan.
Pemakaian pemerah pipi, atau blusher yang tepat boleh menghidupkan wajah, menyerlahkan seri semula jadi dan memberi efek fresh glow. Namun, tidaklah semua warna sesuai untuk semua orang dan kadangkala. Salah pilih, wajah anda boleh nampak kusam, terlalu merah atau tidak serasi langsung dengan asas solekan.
Jadi, bagaimana nak pastikan kita memilih blusher yang betul-betul sesuai? Hal pertama yang perlu kita lakukan adalat kenali tona kulit terlebih dahulu, sama ada anda berkulit cool, warm atau neutral. Dengan padanan warna yang betul ia akan menghasilkan efek healthy glow yang natural. Untuk memudahkan, EH! kongsikan tip memilih pemerah pipi mengikut tona kulit agar hasil solekan anda nampak lebih segar dan effortless!
Kulit Cerah
Jika anda memiliki kulit cerah anda perlukan sedikit bantuan untuk tampak lebih ‘hidup’ kerana memiliki kulit yang cerah ini senang kelihatan pucat tanpa sentuhan warna. Pilih rona-rona lembut seperti soft pink, peach atau baby coral, warna-warna yang memberi efek segar dan semula jadi. Sapuan ringan dalam rona ini boleh menaikkan seri wajah tanpa kelihatan berlebihan. Elakkan rona yang terlalu gelap atau pekat kerana ia cenderung kelihatan patchy pada kulit cerah.
Rekomendasi EH!: Tarte Amazonian Clay 12-Hour Vegan Blush (Captivating)
Kulit Medium Atau Sawo Matang
Bagi anda yang memiliki berkulit medium atau sawo matang, rona-rona hangat seperti warm peach, rosy mauve dan terracotta adalah pilihan sempurna untuk menyerlahkan kehangatan semula jadi kulit anda. Warna-warna ini bukan sahaja menyatu cantik dengan tona kulit, tetapi juga memberi dimensi yang membuatkan pipi tampak lebih segar dan menawan. Elakkan memilih blush yang terlalu pucat kerana ia mudah tenggelam. Anda boleh mencuba cream blush untuk hasil akhir yang lebih glowing, natural dan tahan sepanjang hari.
Rekomendasi EH!: Rare Beauty Soft Pinch Liquid Blush (Believe)
Kulit Gelap
Jika anda memiliki kulit yang agak gelap atau tanned, anda boleh serlahkan kecantikan kulit anda dengan rona-rona berani. Jangan takut untuk bermain dengan warna bold seperti deep plum, merah atau oren pekat kerana warna ini merupakan antara pilihan yang bukan sahaja menaikkan seri pipi, malah memberi dimensi yang mewah dan elegan pada keseluruhan wajah anda. Warna-warna ini menyerlah cantik pada kulit gelap tanpa kelihatan berlebihan. Untuk hasil yang lebih menonjol dan tahan lama, pilih powder blush dengan pigmentasi tinggi atau liquid blush yang mudah di blend.
Rekomendasi EH!: Fenty Beauty Cheeks Suede Powder Blush
Artikel Berkaitan: Ameera Khan Lancar Jenama Kecantikan Ellemkay Dengan 2 Pemerah Pipi