Tiada siapa yang boleh menjangka apa yang akan terjadi dengan hubungan yang dijalinkan sama ada kekal selama-lamanya, atau berhenti di pertengahan jalan. Apabila si dia tak lagi punya perasaan terhadap kamu, apa yang perlu kamu lakukan?
Tenang
Usah maki hamun, tengking menengking lagi-lagi depan anak-anak. Benar terkadang perasaan marah tak boleh dibendung, cuba duduk kerana apabila berdiri ketika marah boleh menyebabkan rasa itu semakin meluap.
Bertanya
Bawa berbincang dengan si dia, mengapa dia lakukan semua ini. Dengar dan fahami apa yang tersirat di hatinya selama ini.
Jangan Salahkan Diri Sendiri
Jangan letak kesalahan 100% ke atas bahu anda dek kerana si dia curang. Sebaliknya cuba rasional, anggap yang anda berdua salah dalam perkara ini supaya anda boleh fikir logik.
Keputusan Jangan Ikut Emosi
Wanita mana yang sanggup berkongsi kasih? Tapi itu bukan alas an untuk anda berpisah. Fikirkan tentang kebajikan anak-anak. Bincang dengan pasangan tentang hal ini secara dewasa.