Mungkin sudah menjadi trend kepada anak-anak muda untuk merakamkan video dan memuat-naikkannya ke dalam Youtube. Video nyanyian, video blog, parodi dan tutorial menjadi di antara yang paling banyak dihasilkan oleh mereka.
Begitu juga dengan pelajar sekolah dari Florida, Tori Locklear, yang ingin mencuba untuk membuat video tutorial rambut. Locklear menggunakan alat penggulung rambut untuk mendandan rambutnya tetapi nasibnya agak malang kerana rambutnya terbakar dan putus akibat meletakkan gel rambut yang sememangnya mengandungi bahan kimia sebelum menggunakan alat tersebut.
BARISAN PENGHIBUR FUTURE MUSIC FESTIVAL ASIA 2013 >>
Saksikan sendiri ekspresi wajahnya yang begitu epik ketika melihat rambutnya yang terbakar dan putus kerana peningkatan suhu alat penggulung rambut yang tinggi reaksi daripada gel rambut yang digunakan.
KENALI PUNCA MASALAH RAMBUT GUGUR >>
Namun begitu, video tersebut telah memberikan populariti yang mendadak kepada Locklear apabila ramai yang memuat naik video parodi mengenainya dan dia juga sudah mempunyai laman peminat sendiri di Facebook. Video tersebut sudah mencapai 11 juta views walaupun ada yang mengatakan videonya adalah palsu dan Locklear sengaja berbuat demikian untuk publisiti murahan. Perkara seperti ini pun mampu memberikan populariti ya?