Mungkin ia dirasakan tidak adil bagi kebanyakan orang tetapi fasa di dalam sesuatu perhubungan yang dipanggil rebound ini boleh dikatakan salah satu cara yang terbaik untuk sesetengah individu yang ingin melupakan hati yang terluka akibat perpisahan dengan bekas kekasih. Namun begitu, wajarkah hati orang baru di dalam hidup mereka itu dipermainkan hanya untuk mengubati luka sendiri? Agak kejam bukan?
MORAL DARIPADA HE’S JUST NOT THAT INTO YOU >>
Sekiranya anda merasakan perhubungan baru anda ini adalah rebound, kami nasihatkan anda putuskan perhubungan tersebut kerana ia menggambarkan diri anda yang terlalu mementingkan diri. Di sini kami boleh membantu anda mengesan jika perhubungan anda dengan kekasih baru itu hanyalah rebound semata-mata.
BAGAIMANA UNTUK MEMENANGI HATI MERTUA >>
APABILA SELEBRITI BERBICARA MENGENAI SEKS >>
1. Anda masih enggan membuang gambarnya daripada telefon anda.
2. Anda menjadikan kekasih baru sebagai alat untuk membuat bekas kekasih cemburu.
3. Anda kerap membandingkan pasangan dengan bekas kekasih.
4. Anda mula menjalinkan hubungan dengan pasangan baru hanya selepas seminggu anda berpisah dengan bekas kekasih.
5. Anda mudah melafazkan kata cinta kepadanya.
6. Anda masih stalk Facebook, Twitter dan Instagram bekas kekasih setiap hari.
7. Pasangan baru adalah seorang yang hebat tetapi anda masih tidak berasa gembira.
8. Anda keluar temu janji bersama pasangan baru tetapi bekas kekasih masih berada di dalam fikiran anda.
**Artikel penuh oleh Hafizan Mohd di dalam EH! keluaran April.