Kaum wanita pasti merasakan yang lelaki mahukan mereka yang seksi dan cantik sahaja untuk dijadikan isteri. Sebenarnya ia bergantung kepada seseorang lelaki, namun begitu, seksi dan cantik bukanlah menjadi faktor utama di dalam pencarian bakal isteri. Di sini, kami ada senaraikan lima ciri wanita idaman lelaki yang termasuk di dalam kategori wife material.
Tidak Terlalu Cantik
Memang lelaki menyanjung wanita yang cantik seperti Miranda Kerr. Tetapi itu hanyalah angan-angan mereka. Kebanyakan lelaki akan memilih mereka yang hanya cantik di mata mereka sahaja kerana bimbang rakan-rakan akan mula berimaginasi tentang isteri mereka.
PERKARA YANG LELAKI TAK MAHU WANITA TAHU >>
Penyayang dan Mengambil Berat
Lelaki zaman sekarang sememangnya manja. Menurut kajian, lelaki sebenarnya memerlukan perhatian dari segi emosi lebih daripada seorang wanita. Oleh sebab itu, faktor utama yang mereka cari di dalam seorang bakal isteri adalah sifat caring dan penyayang. Bukan itu sahaja, kaum lelaki senang tertarik dengan mereka yang serasi dengan keluarganya dan sukakan kanak-kanak. Jangan terkejut lelaki akan terus merisik mereka yang sukakan kanak-kanak kerana ia memberi gambaran awal kepada mereka tentang bakal ibu kepada anak-anak mereka.
Tidak Cuba Mengubah Mereka
Sekiranya seseorang wanita itu menyayangi pasangan mereka, dia akan menerimanya dengan seadanya. Itulah yang lelaki mahukan. Mereka tidak akan berkahwin dengan mereka yang cuba mengubah cara hidupnya, apa yang disukainya dan lelaki agak pantang sekiranya anda tidak sukakan rakan-rakan mereka. Jangan sesekali cuba mengubah mereka kerana bebelan anda itu mungkin penyebab si dia masih belum masuk meminang.
APA YANG LELAKI SUKA PERHATIKAN >>
Tidak Terlalu Bijak dan Berdikari
Oleh kerana ego seorang lelaki, mereka sukakan wanita yang memerlukan mereka. Pasangan yang terlalu berdikari dan lebih bijak daripada mereka boleh membuatkan lelaki merasa rendah diri sekali gus merasakan diri mereka tidak diperlukan. Kadangkala lebih baik untuk berlakon seperti anda tidak tahu mengenai sesuatu hal kerana ia boleh membuatkan seseorang lelaki itu merasa diperlukan dan dihargai sekiranya anda meminta pertolongannya.
SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MELAMARNYA? >>
Serasi Zahir dan Batin
Lelaki bukan sahaja mahukan isteri yang boleh dijadikan kawan untuk berkongsi rahsia dan mengadu masalah, tetapi mereka turut mahukan isteri yang boleh bersama-sama menggembirakan mereka dari segi batin. Hubungan seks yang hangat di antara suami dan isteri adalah sangat penting kerana ini turut menjadi faktor keharmonian rumah tangga.