Dalam perhubungan intim, kepuasan anda dan pasangan adalah sangat penting. Jangan terkejut hal yang dipandang kecil ini sebenarnya boleh membawa kepada perceraian. Ada banyak cara untuk anda dan pasangan mencapai kepuasan tetapi bagi kebanyakan lelaki, saiz alat sulit mereka merupakan senjata terbaik untuk pasangan mencapai klimaks sebenar. Kerana ego, lelaki menganggap ia penting tapi tidak bagi wanita. Menurut kajian, 85 peratus wanita berpuas hati dengan saiz alat sulit pasangan mereka berbanding hanya 55 peratus lelaki yang menerima saiz mereka dengan seadanya. Ini bermaksud, rata-rata wanita turut mengambil kira aspek lain dalam hubungan intim bersama pasangan mereka. Kenapa ya?
Saiz tidak membuatkan lelaki hebat di katil
Percaya atau tidak, lelaki yang mempunyai ‘pakej’ yang kecil akan melebihkan usaha ketika bersama. Mereka memberikan perhatian lebih kepada semua bahagian sensitif wanita serta bijak menggunakan lidah dan tangan mereka dan ini sangat disenangi wanita.
Saiz tidak membawa kepada klimaks sebenar
Kebanyakan wanita tidak mencapai klimaks melalui intercourse sahaja – membuktikan saiz tidaklah begitu penting bagi wanita. Jika anda tahu mengemudi badan anda ke posisi yang digemari pasangan, kehidupan seksual anda dan si dia akan menjadi jauh lebih memuaskan daripada ‘Mr Too Big’.
Tidak seronok jika ia menyakitkan
Seks adalah untuk merapatkan hubungan anda dengan pasangan serta untuk keseronokan. Namun adakah seronok sekiranya ia menyakitkan? Bagi lelaki yang mempunyai saiz alat sulit yang sederhana, anda boleh mencuba pelbagai posisi tanpa menyakitkan serviks pasangan anda.
TIPS SEMARAKKAN HUBUNGAN INTIM >>