Audrey Hepburn pernah berkata, “I believe that happy girls are the prettiest girls.” Di sini kami ada beberapa tip untuk menambahkan keceriaan sekali gus menaikkan seri wajah anda!
Gambar: peopleandideas.gr
CARA UNTUK MENJADI LEBIH BERTENAGA SELEPAS LUNCH >>
Dikelilingi Bunga
Nancy Etcoff dari Harvard Medical School membuat satu kajian dengan menghantar jambangan bunga kepada 27 wanita selama seminggu. Hasil kajian itu menunjukkan wanita yang dikelilingi bunga-bungaan lebih gembira dan bersemangat menjalankan aktiviti harian.
BAGAIMANA UNTUK MENANG DI DALAM PERPISAHAN? >>
Minum Air Selepas Bangun Tidur
Dehidrasi membuatkan anda berasa lesu dan air dapat menambahkan tenaga anda. Rasa bertenaga pada waktu pagi akan membuatkan anda ceria seharian. Petuanya, minum air 500ml selepas bangun tidur untuk mengelakkan dehidrasi di samping boleh meningkatkan tahap metabolisme anda.
Makan Sarapan yang Sama Setiap Pagi
Mengelak bersarapan pagi adalah antara punca anda kurang ceria seharian. Perut yang lapar juga akan mempengaruhi mood anda. Pastikan anda ambil sarapan yang sama setiap hari atau rancang sarapan anda sebelum tidur supaya fikiran anda sudah diprogramkan untuk makan sebelum ke pejabat.
BAGAIMANA FACEBOOK MEMBANTU ANDA SECARA PSIKOLOGI >>
Bercakap Dengan Orang yang Tidak Dikenali
Tidak salah untuk bertegur sapa dengan orang yang tidak dikenali. Kajian turut membuktikan sikap ini mampu memberikan mood yang baik kepada anda. Mulakan percakapan dengan mereka yang duduk di sebelah anda dalam pengangkutan awam seperti LRT atau senyum dan ucapkan terima kasih kepada gadis tol setelah membayarnya. Semua ini akan mempengaruhi mood seharian anda.