Rata-rata tahu yang Februari merupakan bulan cinta kerana sambutan Hari Kekasih pada setiap 14 haribulan. Tahun ini nampaknya bulan cinta telah bertukar menjadi bulan perpisahan buat beberapa selebriti terkenal Hollywood setelah mengalami kepincangan dalam perhubungan dengan pasangan masing-masing, sehinggakan ada yang memilih untuk berpisah.
Mungkin ini adalah berita baik kepada Ryan Gosling! Rachel McAdams baru sahaja memutuskan perhubungannya dengan teman lelakinya Michael Sheen setelah dua tahun bersama. Mereka bertemu ketika penggambaran filem Midnight in Paris dan mula menjalinkan hubungan cinta setelah penggambaran filem itu selesai. Namun begitu, ada yang menyatakan perpisahan mereka ini tidak lama kerana kedua-duanya memerlukan ‘rehat’ di dalam perhubungan dan mereka dijangkakan akan kembali bersama tidak lama lagi.
Kepada peminat siri How I Met Your Mother, pasti mengenali Jason Segel yang membawa watak Marshall di dalam siri tersebut. Segel yang menjalin hubungan dengan Michelle Williams, bekas kekasih kepada mendiang Heath Ledger, sejak tahun lepas akhirnya memutuskan hubungan kerana Williams tidak bersedia dengan komitmen baru di dalam hidupnya. Ada yang mengatakan, hubungan jarak jauh mereka turut menjadi penyumbang kepada perpisahan ini kerana Segel tidak sanggup meninggalkan Los Angeles untuk bersama Williams di New York.
Mereka mungkin belum berpisah tetapi dikhabarkan pertunangan mereka sedang kacau bilau pada ketika ini kerana Hemsworth dikatakan curang dengan January Jones di parti Oscar baru-baru ini. Hemsworth dan Jones turut dilihat meninggalkan parti tersebut bersama-sama menaiki sebuah kereta. Khabar angin ini dikuatkan lagi apabila Cyrus hadir ke majlis tabung HIV/AIDS yang dianjurkan oleh Elton John bersama ibunya dan bukan Hemsworth.