Berapa lama masa yang anda ambil untuk bersiap setiap pagi? Satu jam? Dua jam? Tahukah anda yang anda hanya memerlukan 10 minit untuk bersiap dengan cantik? Ikut cara kami di bawah dan anda boleh tidur lebih sedikit kerana masa anda bersiap di waktu pagi telah berjaya dikurangkan!
Gambar: style.fashionplaytes.com
Persediaan Sebelum Tidur:
1. Jangan hanya memilih baju untuk ke pejabat sebelum tidur, gayakan terus baju tersebut untuk mengelakkan anda berubah fikiran di waktu pagi. Setelah berpuas hati barulah anda tidur kerana pemilihan baju sahaja boleh memakan masa yang agak lama.
2. Elakkan mencuci rambut di waktu pagi. Pastikan anda mandi dan cuci rambut pada waktu malam kerana anda bukan sahaja akan banyak menghabiskan masa di dalam bilik air tetapi juga mengambil banyak masa untuk mengeringkannya.
3. Pastikan anda mencuci bersih kulit muka anda sebelum tidur dan sapukan krim malam dan krim mata untuk mengurangkan lingkaran gelap pada mata. Ini penting untuk memudahkan anda bersolek di pagi hari.
4. Dandan rambut sebelum tidur lebih baik kerana ia akan kelihatan lebih semula jadi keesokan harinya.
Gambar: beautyhealthtips.in
10 Minit Sahaja Di Waktu Pagi:
1. Kami faham seboleh-bolehnya anda mahu bersolek seperti model yang terlibat di dalam penggambaran fesyen! Tetapi faktor masa tidak mengizinkan. Pilih tiga sahaja alat solekan yang penting. Sekiranya anda mempunyai kulit yang berpigmen, mungkin anda boleh pilih concealer, pemerah pipi dan gincu. Sekiranya anda mahu menonjolkan mata anda, pilih maskara, pembayang mata dan gincu. Semuanya terpulang kepada bahagian wajah yang mana anda mahu tonjolkan.
2. Jadi multitasking. Sekiranya anda sedang mengenakan solekan, mungkin anda boleh memasang kipas dan halakan ke rambut anda untuk mengeringkannya. Mungkin anda boleh memilih rona gincu yang sesuai ketika mengenakan pakaian. Yang penting anda buat dua aktiviti dalam satu masa.
3. Sekiranya tidak mahu mengenakan solekan langsung, pastikan anda mencuci dan mengurutkan muka anda dengan jus lemon atau papaya yang disediakan di malam hari kerana ia dikatakan bagus untuk mengelakkan wajah anda tampak tidak bermaya. Anda sudah jimat masa kerana tidak perlu bersolek.
4. Sekiranya anda tidak sempat untuk mendandan rambut sebelum tidur, ikatkan skarf di kepala atau sanggulkan ketat rambut anda dan semburkan hair spray. Buka sanggul setelah tiba di pejabat dan rambut anda akan tampak lebih tebal dan beralun. Senangkan?