Dek kerana satu kad, ramai yang telah diisytiharkan muflis. Walaupun anda telah begitu teliti merancang perbelanjaan sepanjang tahun, namun anda mungkin terfikir bagaimana hendak mampu membeli segala yang diperlukan untuk menyambut Syawal akan datang tanpa berbelanja berlebihan?
Yang pasti, anda mesti ada kuasa kemahuan dan perancangan yang teliti. Berikut merupakan tip penggunaan kad kredit yang disarankan oleh Citibank Malaysia.
1. Buat perancangan awal. Semak balik aliran tunai anda dan sediakan strategi penjimatan. Kaji cara-cara untuk menghadkan perbelanjaan supaya anda dapat berjimat cermat sedikit setiap minggu – sikit-sikit lama-lama menjadi bukit.
2. Buat bajet. Pastikan berapa banyak anda perlu belanja, dan jangan berbelanja melebihi amaun tersebut.
3. Jika anda membeli hadiah atau pakaian, buat senarai nama penerima dan tetapkan bajet bagi setiap orang. Semasa membeli-belah, pastikan anda tidak melebihi bajet yang telah diperuntukkan.
4. Pergi membeli-belah lebih awal supaya anda boleh membandingkan harga! Ramai antara kita memang suka menunggu sampai saat terakhir untuk berbelanja sekaligus.
5. Tinjau terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Semasa membuat tinjauan, catatkan harga barang-barang yang hendak dibeli berserta pendapat anda. Apabila anda pulang ke rumah, susun senarai tinjauan anda dan buat keputusan dimana anda hendak berbelanja.
6. Pastikan anda mengkaji selidik kedai-kedai alternatif yang mungkin menawarkan barang yang dikehendaki dengan harga yang lebih murah. Dengan ini, anda dapat memastikan yang anda membuat pilihan dan pembelian yang terbaik dan tidak menurut gerak hati semata-mata.
DATING SEHARIAN DENGAN RM50 >>
7. Jika anda membeli hadiah atau pakaian, sarankan senarai penerima-penerima utama daripada terpaksa membeli untuk semua orang. Biasanya apabila seorang ahli keluarga menyarankan pendekatan ini, ahli keluarga yang lain akan berasa lega.
8. Ingat. Anda berbelanja untuk menyambut Hari Raya. Jika anda terdorong untuk membeli sesuatu untuk diri sendiri, catatkan benda-benda yang anda terdorong untuk beli dan kongsi senarai itu dengan ahli keluarga dan kawan-kawan untuk rujukan masa depan. Mereka mungkin memerlukan idea hadiah untuk hari jadi anda yang akan datang dan senarai hajat anda akan membantu mereka.
9. Ingat, jagalah keselamatan kad kredit anda pada Hari Raya ini. Jangan sekali-kali meminjamkan kad kredit anda kepada orang lain, jangan beri nombor kad kredit anda kepada sesiapa pun dan jangan biarkan kad kredit dan resit pembelian anda bersepah-sepah. Dengan mematuhi beberapa peraturan mudah ini, anda akan menghindari diri sendiri daripada menjadi mangsa penipuan atau kecurian kad kredit!
10. Jika anda telah menjadi mangsa kecurian kad kredit, hubungilah bank dengan serta-merta untuk melaporkan kehilangan kad. Jika si pencuri menggunakan kad kredit anda sebelum sempat anda membuat laporan anda mungkin bertanggungjawab atas pembelian yang dibuat tanpa izin. Selepas membuat panggilan laporan, anda perlu menulis surat rasmi kepada bank dengan memberi nombor akaun, tarikh kehilangan kad dan waktu anda membuat panggilan laporan.
11. Menambahkan baki kad kredit dengan menggunakan kad untuk pembelian barang atau hadiah yang anda tidak mampu bayar dengan segera akan menambahkan kos setiap barang atau hadiah itu. Sebelum menggunakan kad kredit, fikirkan terlebih dahulu kos yang sebenar. Kos tambahan ini mungkin 25 peratus lebih daripada tanda harga jika anda menggunakan kad dan tidak menjelaskan bayaran dengan segera.
12. Jika anda tidak dapat melangsaikan harga pembelian Hari Raya dalam masa beberapa bulan, anda mungkin terperangkap dalam jebak pembayaran minimum. Sebagai contoh, anda mungkin mengambil masa sehingga tiga tahun untuk menyelesaikan hutang RM1500 dengan kadar faedah 18% jika anda sekadar membuat pembayaran minimum.