Setiap solekan semula jadi yang sempurna bermula daripada kulit yang cantik dan sihat. Pasti ada terdetik sedikit rasa cemburu melihat selebriti Hollywood yang mempunyai kulit secantik porcelain dan merasakan mereka banyak berhabis untuk mendapatkan kulit secantik itu. Nampaknya anda silap.
Gambar:tpgimages.com
Miranda Kerr
Bekas model Victoria’s Secret ini mengamalkan pengambilan 4 sudu minyak kelapa asli dengan cara mencampurkannya ke dalam makanan harian atau teh yang diminumnya, Rutin ini dapat membantu menjadikan kulitnya berseri-seri dan sihat disamping memelihara kecantikan rambutnya.
Gambar: mobo.com
Beyonce
Penyanyi bersuara lunak ini mengamalkan meminum celery seed tea ketika di dalam pantang untuk mengelakkan kulit wajahnya kembang akibat water retention.
Gambar: happyappalachy.com
Anne Hathaway
Pemenang Oscar ini tidak banyak berhabis untuk kulitnya yang licin dan bebas cela. Dia hanya mengamalkan kaedah membersih, menyegar dan melembap dengan rangkaian Dr. Hauschka yang dijual dengan harga yang berpatutan.
Gambar: stylebistro.com
Kate Moss
Bagi model terkenal dunia ini, dia hanya mengamalkan pupur muka DIY yang mengandungi dengan alga, protein gandum dan asid amino yang banyak membantunya melawan proses penuaan kulit.
Gambar: annexmagazine.com
Cara Delevingne
Model muda ini sungguh menjaga kulitnya daripada pancaran cahaya matahari, asap rokok, pencemaran dan tekanan dengan menggunakan serum kulit yang sesuai dengan usia dan kulit wajahnya.