EH! sempat menemubual penyanyi yang terkenal dengan lagu Hi Hi Bye Bye, Ezlynn. Ketahui rahsia dan tip kecantikan yang mungkin boleh anda amalkan.
Jelas Ezlynn tidak mudah baginya untuk senang-senang mencuba produk baru. Selama ini dia hanya percaya kepada rawatan dan ubat-ubatan yang disediakan oleh doktor kulit. “Pabila Clarins datang memujuk saya mencuba produk mereka secara jujurnya pada awalnya saya agak ragu. Namun mereka yakinkan saya bahawa saya mesti mencuba. Memandangkan bahan-bahan yang digunakan adalah ramuan semula jadi, saya mengalah. Saya patut beri diri saya peluang mencuba.”
“Selepas mencuba Clarins Double Serum ini saya dapati kulit saya lebih lembap dan mudah sekali pabila saya mengoles alat solek. Ia berasaskan minyak dan air, dan seminggu menggunakannya saya perhatikan ton wajah saya lebih sekata.”
Jelas Ezlynn dia menggunakan Clarins Double Serum dua kali sehari, yakni siang dan malam. “Selain teksturnya, saya juga cukup senang dengan baunya. Dan saya mahu sarankan wanita di luar sana menjaga wajah mereka, dan gunakan produk anti-penuaan sejak awal lagi.”
Haruman Pilihan
“Saya sukakan haruman yang ‘sweet’. Biasanya pabila memilih haruman saya lebih cenderung memilih yang punya aroma pencuci mulut (dessert) seperti vanila.
Jaga Pemakanan
“Saya kurangkan mengambil daging merah, saya lebih cenderung kepada diet protein, saya elakkan karbo. Oh ya, saya cukup sukakan sayur. Malah, saya boleh makan nasi putih dengan sayur yang banyak. Jika buah pula, saya gemarkan epal hijau. Selain itu saya juga cukup aktif dengan aktiviti luar seperti mountain bike. Ia bagus untuk peredaran darah dan ia juga membantu kulit kita tampil lebih bersinar.
Belai Rambut
Pabila menyebut nama Ezlynn, satu yang selalu orang kaitkan adalah penampilannya berambut keriting. “Saya tidak cerewet menjaga rambut. Cukup mencucinya dua hari sekali, dan saya lebih senang biarkannya kering sendiri.”