Walaupun anda berkemampuan untuk pergi ke rawatan kulit yang paling mahal atau mendapatkan khidmat nasihat pakar kulit, namun sebenarnya, tiada siapa yang lebih memahami kulit anda melainkan diri anda sendiri. Oleh sebab itu, rawatan kulit muka di rumah dikatakan jauh lebih berkesan berbanding rawatan kulit yang berharga ratusan ringgit. Untuk permulaan, apa kata anda cuba membuat sendiri pupur muka mengikut kesesuaian kulit wajah.
BAGAIMANA MADU ASLI MAMPU MENCANTIKKAN KULIT? >>
Kulit Berjerawat
Lenyek strawberi dan campurkan dengan air perahan lemon, madu asli serta sedikit dadih.
Kulit Sensitif
Lenyek buah betik bersama krim masam, pisang, madu asli dan bijirin oat.
DIET BUAH-BUAHAN ROSAKKAN KULIT? >>
Kulit Normal
Campurkan timun yang dipotong kecil bersama dadih sejuk.
Kulit Kombinasi
Campurkan putih telur dengan oat serta sedikit minyak zaitun.
STRAWBERI BANTU PUTIHKAN GIGI? >>
Kulit Kering
Campurkan putih telur bersama minyak badam.
Kulit Berminyak
Campurkan sedikit dadih bersama pisang yang sudah dilenyek dan sedikit madu.
Tip Rawatan Muka Buatan Sendiri
Anda boleh menggantikan oat dengan beras yang dikisar dan lebih baik sekiranya campuran pupur disejukkan dahulu sebelum digunakan untuk memberikan kesegaran kulit secara semula jadi. Oleh kerana ramuan yang digunakan adalah daripada sumber makanan, jangan gunakan pupur yang telah disimpan lebih daripada tiga hari. Lakukan rawatan wajah ini seminggu sekali dengan keadaan kulit yang bersih selepas penggunaan menyental muka.