Walau berapa pun usia anda, susu yang mengandungi kandungan kalsium serta pelbagai lagi nutrisi penting untuk tubuh perlu diambil dengan secukupnya. Ketahui pelbagai rahsia dan tip menarik mengenai susu. Cuba dulu, baru tahu!
Fakta penting susu
● Lemak susu tidak menyebabkan gemuk. Amalan diet pemakanan anda yang tidak seimbang yang menyebabkan pengumpulan lemak lalu mendorong kea rah kegemukan.
● Sebelum tidur, digalakkan untuk minum segelas susu panas yang dapat melonggarkan otot-otot tegang dan menenangkan saraf, sekaligus memberi peluang untuk anda mendapatkan rehat dan tidur yang lena selepas seharian bekerja.
● Tidak kira susu segar mahupun susu tepung, ia mengandungi kandungan vitamin dan kalsium yang baik untuk pertumbuhan tulang dan penyembuhan luka, vitamin untuk sel darah, tenaga untuk melakukan aktiviti seharian serta riboflavin yang menjadikan kulit cerah berseri.
● Susu adalah baik untuk mereka yang mengalami PMS kerana ia sumber untuk melegakan kesakitan dan memberi tenaga kepada badan untuk terus aktif.
● Digalakkan untuk minum 1-3 gelas susu sehari.
● Susu menjadikan badan lebih sejuk dengan mengekalkan tahap cecair dalam badan.
Susu diet yang penting
Menurut pakar nutrisi Dutch Lady Milk Industries Berhad Malaysia, Loo Mei Fong, susu adalah sumber diet yang penting terutamanya kepada kanak-kanak kerana waktu inilah tumbesaran badan bermula. Namun, jika diminum dalam kadar berlebihan, badan menerima sumber tenaga yang terlalu banyak dan ini mengakibatkan ‘hyper-active’ dan kecelaruan sistem badan. Jika terlalu banyak tenaga dalam badan, digalakkan untuk anda bersenam bagi membebaskan tenaga berlebihan itu.
Apa yang pasti, coklat dan susu mengandungi tenaga yang sama banyak. Apa yang berbeza adalah kandungan karbohidrat dan gula dalam coklat yang lebih memudaratkan. Jadi, lebih baik pilih hidangan yang baik untuk tubuh badan bagi menjamin kesihatan di masa hadapan.
Kreatif dengan susu
● Jika inginkan kelainan dalam hidangan susu, cuba tambahkan sesudu badam yang sudah dibakar dan dikisar halus berserta satu sudu madu. Amalkan setiap pagi dan malam. Ia membantu menajamkan minda dan menguatkan daya ingatan.
● Jika lapar di malam hari, elakkan makan nasi. Apa kata minum segelas susu berserta beberapa biji kurma. Selain mengenyangkan, ia juga menyihatkan serta mengelakkan masalah kegemukan.
Tidak suka susu?
Jika anda bukan penggemar susu putih, cuba cari penyelesaian untuk kekal sihat dengan pelbagai nutrisi yang terdapat di dalamnya. Anda boleh mencuba minuman serbuk coklat Dutch Lady. Enak dinikmati sejuk mahupun panas mengikut citarasa anda. Walaupun kandungan susunya hanya 53 peratus, namun tetap memberi nutrisi baik untuk badan. Menariknya, ia mengandungi sukrosa, manisan yang diperbuat daripada tanaman semula jadi. Ketahuilah khasiat segelas minuman coklat bersamaan dengan kebaikan sebiji telur.