Lagak bersahajanya ketika mengacarakan program Jalan Jalan Cari Makan dan Field Trip USA membuatkannya terus diingati sebagai di antara pengacara yang paling natural di kaca televisyen. Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali yang memulakan kerjaya seninya dengan kumpulan OAG kini menjadi ‘wajah’ program Art Attack yang ditayangkan di saluran Disney. Terbaru, jejaka yang berasal dari Pulau Pinang ini sudah bersedia untuk kembali aktif berlakon.
CINTA QI KEPADA NELYDIA SENROSE >>
SIAPA PENYANYI LELAKI YANG MINAT NATALIE PORTMAN? >>
Bagi Qi, kebahagiaan adalah matlamat di dalam kehidupannya. Dia bahagia melihat hasil kerjanya sendiri dan mahu memiliki kehidupan yang selesa. Seperti insan lain, Qi turut mengimpikan sebuah keluarga dan merancang mempunyai dua sehingga tiga orang anak. Walaupun impian utama Qi adalah untuk Berjaya di dalam industri muzik, dia sangat gembira dengan apa yang dilakukannya sekarang. Cara Qi menghargai kehidupan adalah dengan sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki tetapi tidak terus berpuas hati dan sentiasa terus berusaha. Menghargai insan tersayang juga merupakan salah satu cara Qi menghargai kehidupannya.
BERMULA DENGAN IMPIAN, YUNA KINI HAMPIRI KEJAYAAN >>
Jejaka yang berusia 35 tahun ini sukakan wanita yang pandai masak, mempunyai sense of humor dan memahami. Qi yang pernah dikaitkan dengan penyanyi antarabangsa, Yuna, menganggap wanita itu merupakan sesuatu yang indah yang pernah berlaku di dalam kehidupannya dan telah membentuk siapa dirinya kini. Walaupun tidak bersama lagi, Qi akan terus menyokong perjuangan Yuna dan mahu melihatnya berjaya di peringkat dunia.
*Ikuti temu bual penuh Hafizan Mohd dengan Qi Razali di dalam EH! keluaran Mac di halaman 202.