Ramai di antara kita sebenarnya mempunyai berat badan normal dan bersaiz S, tetapi masih lagi nampak gemuk. Antara faktornya adalah muka yang berisi. Sudah puas bersenam dan lemak di bahagian badan yang lain sudah berjaya dikurangkan, namun bahagian muka masih lagi tampak berisi. Jangan bimbang kerana kami ada cara untuk anda memerangi lemak di muka anda dengan senaman yang mudah ini!
Gambar: video Carole Maggio
1. Buka mulut anda dan masukkan bahagian bibir ke dalam mulut.
Gambar: video Carole Maggio
2. Selarikan tangan anda dengan mulut anda.
Gambar: video Carole Maggio
3. Lebarkan bahagian mulut sehingga otot pipi dan di bawah dagu berasa tegang, sambil mengangkat tangan anda sehingga selari dengan kepala secara serentak. Tahan di dalam kiraan lima dan lepaskan.
Lakukan senaman muka ini dua kali sehari atau tiga hingga empat kali sehari untuk hasil yang lebih cepat.
Sumber: video Carole Maggio
HANYA 5 MINIT DIPERLUKAN UNTUK CANTIK! >>
PERISAI UNTUK KULIT SEMPURNA >>