Gambar: blog.debshops.com
1. Walaupun secara asalnya potongan kelangkang seluar harem labuh (hampir mencecah lutut), namun anda tidak digalakkan menggayakan yang berpotongan sedemikian. Pilih yang tidak terlalu labuh, cukup sekadar paras paha.
2. Potongan pada bahagian paha juga tidak perlu terlalu lebar kerana ia tampak pelik pabila melihat jurang perbezaan antara potongan longgar di paha dan ketat di hujung yang sangat ketara.
3. Kerancakan dunia fesyen menyebabkan gaya seluar harem menjalani transformasi. Gayanya menjadi lebih moden, dan hari ini seluar harem tampil dalam pelbagai gaya. Jika inginkan penampilan yang lebih chic atau sleek, anda boleh mempertimbangkan untuk menggayakan seluar harem dengan potongan pinggang tinggi. Ia memberi ilusi kaki yang panjang sementelah seluar harem berpotongan lebar pada bahagian paha.
4. Simplicity atau minimalis adalah kata kunci pabila anda menggayakan seluar harem atau slouchy pants. Padanan seharusnya ringkas dan tidak menenggelamkan seluar yang disarung.
5. Kemeja T ringkas, atau tank top sudah memadai. Tentukan kemeja yang digayakan tidak terlalu labuh melebihi paras punggung.