Tidur | Dengar Muzik | |
Percaya atau tidak, tidur mampu meringankan beban yang berkeliaran di dalam minda anda. Otak manusia berehat semasa tidur dan anda pasti berasa lebih tenang selepas bangun. Harus diingat, elakkan juga dari tidur terlalu lama kerana boleh mengundang penyakit lain pula. | Salah satu terapi minda yang boleh menghilangkan seketika stress yang dialami. Alunan muzik yang perlahan boleh membantu minda anda berada pada tahap tenang. Pasangkan muzik di komputer pejabat, di rumah mahupun semasa memandu untuk membangkitkan suasana lebih segar. | |
Menangis | Luangkan masa untuk diri sendiri | |
Tip yang agak tipikal tetapi ia jauh lebih baik daripada menjadikan orang lain sebagai punching bag anda atau melakukan penderaan emosi seperti memaki hamun dan bersikap kasar. Menangislah sepuas-puasnya agar anda dapat berasa lega. | Inilah masanya untuk anda bersendiri dan melupakan seketika aktiviti di pejabat, kolej atau rumah. Berikan diri sendiri masa untuk berfikir dan bertenang kerana ia memudahkan anda menemui jalan penyelesaian. Pilihlah tempat yang selesa dan tiada orang mengenali anda di situ. |
Luangkan masa untuk diri sendiri |
Luahkan kepada teman rapat yang anda boleh percayai. Berkongsi masalah perlu bagi mengelakkan fikiran dari bertambah kusut. Anda pasti lega apabila dapat meluahkan masalah dihadapi. Mungkin teman anda boleh menyumbangkan nasihat bernas kepada anda. |