Bagaimanakah perasaan anda pabila bertemu dengan keluarga mentua buat kali pertama? Mesti kelam kabut memikirkan apa yang perlu anda kenakan pada hari tersebut, bukan? Adakah baju kurung menjadi pilihan utama anda? Sekiranya ya, sememangnya kami harus membantu anda. Baju kurung sememangnya sopan tetapi kadangkala tidak kena dengan tempat atau situasi. Berikut merupakan beberapa cadangan yang boleh anda pertimbangkan.
TREND FESYEN TERBAIK SEPANJANG ZAMAN >>
Gambar: kattty.buzznet.com
Jika anda berjanji untuk bertemu dengan keluarga mentua di sebuah restoran untuk makan tengah hari, pilih sesuatu yang ringkas dan sopan. Apa yang anda kenakan ketika bersantai di hujung minggu merupakan pilihan yang sesuai. Sundress bersama kardigan merupakan pilihan utama kami.
KISAH RATU SEHARI DAN 6 PENGAPITNYA >>
Gambar: fabsugar.com
Sekiranya si dia membuat tempahan makan malam di restoran eksklusif, cuba elakkan mengenakan gaun bodycon atau gaun yang terlalu mengikut badan. Anda baru pertama kali berjumpa dengan mereka, berilah persepsi yang sebaik boleh. Little black dress merupakan pilihan yang sangat sesuai bagi kami.
JANGAN PILIH BUSANA PENGANTIN INI >>
Gambar: fabsugar.com.au
Kerja anda akan menjadi lebih mudah sekiranya pertemuan dilakukan di rumah mereka. Kenakan sahaja seluar jean skinny bersama kemeja T basic. Pakaian yang membuatkan anda rasa selesa boleh menghilangkan perasaan gementar yang anda alami.