Namanya sedang mekar dan kian meniti di bibir peminat dunia seni tanah air. Pemilik nama Izara Aishah Hisham tidak tamak, tidak mengaut semua tawaran menjadi cover girl walaupun namanya sedang hangat jadi bualan. Mungkin dia sedar erti exclusivity. Mungkin juga kehadirannya di dalam bidang ini bukan kerana mahu mengejar populariti.
![]() |
|
Dunia Lakonan | |
Gadis genit ini punya misi tersendiri dalam dunia hiburan. “Saya mahu jadi seorang yang disegani dalam dunia lakonan,” tegas Izara. Berkali-kali dia menekankan impiannya itu. Kelibat Izara Aishah mula dilihat menerusi drama bersiri sulungnya, Kasih Najihah di saluran TV9.Namun, produk yang benar-benar berjaya memperkenalkannya kepada peminat ialah Soffiya. Drama tersebut memberi peluang kepada Izara untuk mempamerkan lakonan yang lebih kemas, malah pengalaman sepanjang menyempurnakan drama rantaian itu ibarat satu sekolah lakonan baginya. |
![]() |
|
Kerjaya VS Kontroversi | |
“Kehadiran saya ke sini (dunia lakonan) bukan kerana glamor. Jika kerana glamor, saya tidak perlu bersusah-payah menyambung pelajaran dalam jurusan seni persembahan. Sejak kecil memang saya sukakan seni.” Jelas Izara, terbukanya ‘pintu’ tawaran lakonan adalah hasil bantuan temannya, Neelofa. “Neelofa yang beri peluang Izara berlakon Kasih Najihah.Izara juga punya expectation sendiri tentang dunia seni. “Saya cuma harapkan semua orang yang terlibat di dalam dunia seni mengutamakan profesionalisme. Menyentuh tentang kontroversi, Izara mengulas sebagai seorang yang dikenali perkara ini perlu dihadapi. Tetapi, jalan terbaik ialah cuba menjauhkan diri dari dikaitkan dengan sebarang cerita yang tidak sedap didengar. |
Caranya mudah, pabila wartawan atau sesiapa bertanya saya akan bercakap benar. Sama ada orang boleh terima atau tidak, terpulang. Saya memang tidak pandai menipu.
Jangan ketinggalan mendapatkan EH! April ini dipasaran untuk mengetahui obsesi Izara dalam berfesyen juga 10 perkara menarik tentang aktres manis ini.
Facebook : www.facebook.com/Ehmalaysia
Twitter : www.twitter.com/Ehmalaysia
Music : “An Empty Shell (outro)” by Hectic Zenith – www.hecticzenith.com