Kedua-duanya berwajah sempurna. Si wanita ini cantik orangnya. Manakala si jejaka pula tampan dan mesra! EH! begitu seronok menjadikan mereka sebagai selebriti pilihan dalam menghiasi cover isu Julai. Bayangkan, studio bertukar kecoh saat Che Ta cuba ditemubual EH! web team kerana gaya jawapannya yang bersahaja dan melucukan. Tidak kurang juga Zain yang begitu peramah dan seronok untuk diajak berbicara.
Usah tunggu lagi. Ikuti temubual eksklusif EH! bersama kedua-dua pelakon yang memiliki pakej lengkap untuk terus menghiasi arena seni tanah air.
[tab:Rozita Che Wan]
Rozita Che Wan |
Apakah lima hobi yang disukai Che Ta di waktu lapang?
Pertama, saya sangat suka menghabiskan masa di rumah! Kedua, saya cukup gemar mendandan rambut sama ada gaya keriting mahupun menukar warna rambut. Hobi ketiga tentunya mengumpul bulu mata! Saya sukakan mata yang indah dan cantik. Seterusnya, saya suka bersenam seperti bermain dengan anak, bermain badminton mahupun joging. Akhir sekali, pastinya window shopping!
Menyingkap kisah cinta Che Ta, heboh media bercakap tentang hubungan cinta Che Ta bersama bintang AF, Shahir Af8. Boleh jelaskan? Hanya tunggu dan lihat (senyum). Sebenarnya, saya dah lali dengan pertanyaan ini tetapi saya akan cuba sedaya upaya untuk membiasakan diri dan buat tidak tahu. Itu lah perkara yang selalu dibuat untuk mengulas setiap kontroversi yang timbul. |
Bagaimana hubungan Che Ta dengan adik kesayangan, Ayu Raudhah setelah Ayu mendirikan rumah tangga?
Hubungan kami biasa saja kerana kami berdua sangat rapat sama ada di lokasi penggambaran mahupun di luar set. Pesanan terakhir buat peminat-peminat Che Ta diluar sana? Terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa menyokong saya. Diharapkan peminat tidak mudah percaya dengan kontroversi selagi ia tidak keluar dari mulut saya sendiri. Jadi, apa sahaja kontroversi yang anda dengar, abaikan saja! Klik tab seterusnya di atas untuk mengikuti temubual bersama Zain Saidin! |
Zain Saidin
Bagaimana perwatakan Zain di luar set penggambaran? Saya seorang yang peramah, banyak cakap, tidak boleh duduk diam dan suka bergurau. Tetapi gurau yang belebihan juga boleh menyebabkan orang lain marah! Jadi, gurauan saya itu tidaklah keterlaluan.
Definisi 'cinta' bagi jejaka yang muda dan kacak seperti Zain? Cinta adalah satu perkataan yang terlalu indah untuk diungkapkan. Persefahaman adalah perkara wajib untuk kedua-dua belah pihak. Tiada cinta di dunia, hidup kita akan menjadi kosong dan tiadalah warna-warni kehidupan. Cinta juga berupaya membuatkan kita terasa di awang-awangan. Begitulah hebatnya kuasa cinta. |
Kalau Zain ditakdirkan bercinta dengan wanita yang berusia juga dari golongan artis, siapa agaknya pilihan Zain? Adakah Zain akan menerimanya?
Apa saja ketentuan Ilahi, saya akan terima seadanya selagi ia diterima keluarga. Ia bukannya suatu perkara yang perlu saya takuti. Tidak perlu memilih sangat dalam hubungan. Asalkan si dia baik hati, hormat ibu bapa dan sayangkan saya. Kalau diberi pilihan, Che Ta memang mempunyai ciri-ciri wanita pilihan saya! Lelaki mana yang tidak mahukan wanita yang cantik, lemah lembut dan baik budi bahasanya. Tetapi, mahukah Che Ta dengan saya? (Ketawa sambil meninjau ke arah Che Ta yang sedang menjalani sesi cover shoot.) |
Jangan lupa dapatkan EH! isu Julai ’11 untuk membaca lebih lanjut tentang kedua-dua artis hangat ini! Sebelum itu, saksikan dahulu klip video belakang tabir sesi cover shoot mereka yang eksklusif ini!