Kami faham, komunikasi itu penting. Tetapi kalau tersalah cakap, masalah besar pula yang akan melanda. Sekiranya anda sudah saksikan filem Sex and The City, anda pasti tahu bagaimana ayat “now lets just get it over with” melumpuhkan kehidupan seks suami isteri di antara Miranda dan suaminya Steve. Di sini kami senaraikan beberapa perkara yang tidak patut keluar daripada mulut anda ketika bersama dengan pasangan.
Gambar: INGimage
PENYEBAB RASA SAKIT KETIKA SEKS >>
“I rasa you kena lose weight lah, sayang.”
No, no, no. Jangan sesekali memberi komen tentang fizikal pasangan anda ketika sedang melakukan hubungan seks. Ini bukan sahaja akan mematikan mood untuk bersama tetapi ia juga boleh menghilangkan keyakinan dirinya. Dan mungkin disebabkan kenyataan itu, pasangan memilih untuk tidak menjalinkan hubungan intim dengan anda sehingga dia benar-benar kurus.
APA MAKNA MIMPI SEKS YANG ANDA ALAMI? >>
“Oh Brad Pitt!”
Kami faham setiap orang mempunyai fantasi mereka yang tersendiri. Mungkin suami anda meminati keseksian Miranda Kerr dan anda sememangnya tidak tahan dengan Ryan Gosling yang romantis. Tetapi jadikanlah ini rahsia peribadi anda. Jangan pula ketika anda berdua bersama, anda tersasul menyebut nama wanita atau lelaki lain. Bergaduh besar nanti.
“Stop breathing like a ….”
Sememangnya ketika melakukan hubungan seks, nafas anda pasti ada turun naiknya. Sesetengah bernafas terlalu kuat sehinggakan pasangan tidak selesa. Namun begitu jangan menyuarakannya ketika anda bersama. Berkias dengannya dengan bertanyakan adakah dia kini mengalami masalah asma kerana cara dia bernafas merisaukan anda.
SELEBRITI MANA YANG SUKAKAN SEKS KETIKA MENGANDUNG? >>
“5 minit! Sakit perut ni!”
Tolonglah pastikan anda tidak makan sesuatu yang terlalu pedas atau meminum susu sebelum bersama takut nanti perut memulas pula. Bayangkan sekiranya anda bersama dengan suami atau isteri tiba-tiba mahu ke tandas. Bukan sahaja 5 minit break itu boleh membuatkan pasangan turn off, ‘aktiviti’ yang anda lakukan di tandas itu mungkin membuatkan pasangan tidak selesa.