Mungkin rata-rata sudah tahu mengenai perhubungan cinta Zain Saidin dan Rozita Che Wan. Namun begitu ada khabar angin yang mula mengaitkan Rozita dengan lelaki lain tetapi dinafikan sendiri oleh Zain.
BERTUNANG DENGAN ISTERI ORANG, FIZZ MOHON MAAF >>
Gambar: instagram Zain Saidin
Baru-baru ini Rozita telah membuat kenyataan di dalam akhbar Harian Metro yang dia dan Zain bakal berkahwin pada hujung bulan Julai tahun ini. Bagi kami itu adalah berita gembira. Menurut Rozita lagi, mereka tidak perlu mengikat tali pertunangan kerana sudah mengenali hati budi masing-masing. Dia turut memberitahu Harian Metro yang hubungan mereka tidak mempunyai masalah dan Zain sungguh rapat dengan anak dan ibunya.
ROZITA & ZAIN GANDINGAN SEMPURNA >>
Gambar: instagram Zain Saidin
Walau bagaimanapun, Zain ketika dihubungi merasa agak terkejut dengan kenyataan Rozita. Katanya, mereka masih belum berbincang mengenai tarikh perkahwinan kerana masing-masing sibuk dengan urusan kerjaya. Zain juga berkata dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin dalam masa yang terdekat tetapi akan berbincang dengan Rozita dan keluarga dengan lebih lanjut untuk mendapatkan tarikh yang sesuai.
SIAPA KEKASIH BARU PUTERA HARRY? >>
Gambar: instagram Zain Saidin
Zain yang sibuk dengan penggambaran program Oh My English! turut berharap perkahwinannya nanti akan berkekalan dan menjadi majlis yang boleh dikongsi bersama peminat. Kata Zain, selepas berkahwin, Rozita tidak perlu bekerja keras lagi kerana pendapatan mereka akan dikongsi bersama. Menurut Zain lagi, seboleh-bolehnya dia mahu Rozita kurangkan aktiviti lakonan dan lebih fokus pada bidang pengacaraan.