Pelakon filem dan drama bersiri Sex and The City, Sarah Jessica Parker kini telah memilih untuk tidak mengenakan kasut bertumit tinggi lagi setelah mendapat tahu akan keadaan kakinya yang tiba-tiba mempunyai tulang baru akibat daripada kasut bertumit tinggi yang kerap dipakainya. Parker mula menyedari hal ini ketika pengambaran filem ‘I Don’t Know How She Does It’ pada tahun 2011.
TOM CRUISE HANTAR JET PERIBADI UNTUK SURI >>
Gambar: TPGNEWS
PERKAHWINAN JARAK JAUH LEBIH BAIK? >>
Pelakon yang terkenal dengan watak Carrie di dalam Sex and The City ini, turut menyatakan yang sebelum ini dia sanggup mengenakan kasut tinggi yang tidak selesa lebih daripada 18 jam sehari kerana mahu bergaya dan berpenampilan menarik. Dia yang sudah biasa dengan kasut berjenama berharga ribuan ringgit itu akhirnya merasa sakit apabila mengenakan kasut murah yang dipakai mengikut kesesuaian karakternya di dalam filem tersebut, terus berjumpa doktor setelah beberapa kali terjatuh akibat kasut yang dikenakan.
SEX AND THE CITY FILEM FESYEN PALING POPULAR >>
Gambar: TPGNEWS
GAYA MENDARAT SARAH JESSICA PARKER >>
Doktor mengesahkan yang kakinya telah mengeluarkan satu lagi tulang yang tidak sepatutnya ada di dalam kaki manusia kerana terlalu kerap berkasut tinggi. Disebabkan hal itu, Parker membuat keputusan untuk tidak mengenakan kasut bertumit tinggi lagi.