Bukan, kami bukan berbicara mengenai gitar kapok, tetapi outlet gaya hidup terkini yang dinamakan – Kapok. Diasaskan pada tahun 2006 di Hong Kong, Kapok turut dinamakan sebagai CNN Top 5 Fashion Insiders. Keasliannya dalam fesyen dan rekaan serta daya tarikan yang kuat terhadap sesuatu yang kreatif menjadikan Kapok satu outlet gaya hidup yang menjadi tumpuan ramai di Hong Kong serta Singapura.
Berita baik untuk kaki beli-belah di luar sana, Kapok baru sahaja melebarkan sayap ke Malaysia dengan membuka satu cawangannya di The Gardens Kuala Lumpur. Menjual fesyen dan aksesori untuk lelaki dan wanita seperti beg, kasut serta hiasan rumah, himpunan Kapok tertumpu kepada aksesori lelaki dan wanita serta alat tulis terlebih dahulu di Malaysia.
Outlet ini dijangkakan bakal menjadi tumpuan warga kota dari golongan urban serta mereka yang mementingkan kualiti buatan dalam barangan yang dibeli.
KL ANTARA LOKASI MEMBELI-BELAH TERBAIK >>