Nampaknya semua wanita bujang di luar sana boleh menarik nafas lega kerana kami nampak sinar harapan untuk anda menamatkan zaman solo. Tidak perlulah pandang negara luar, di Malaysia sahaja lelaki yang belum berkahwin melebihi jumlah wanita. 60.4 peratus daripada 2.5juta daripada orang bujang di Malaysia adalah lelaki. Kebanyakan mereka tidak berkahwin kerana keadaan kewangan yang tidak mengizinkan dan tiada calon yang sesuai.
Wah, nampaknya mereka masih mencari anda yang masih bujang di luar sana! Tetapi kenapa ramai gadis mendakwa susah untuk mencari jejaka yang masih bujang pada masa kini? Itu adalah kerana anda tidak tahu di mana mereka berada. Di sini kami senaraikan tempat-tempat yang menjadi tumpuan lelaki bujang.
TAWAR HARTA JUTAAN RINGGIT KEPADA BAKAL ISTERI >>
Gimnasium
Walaupun bukan seorang yang metroseksual, kebanyakan lelaki bujang zaman sekarang ini memang pandai menjaga badan dan kesihatan. Gimnasium merupakan tempat utama untuk mereka bersenam dan membina badan. Cubalah nasib anda dengan pergi bersenam selepas waktu pejabat, mungkin si dia yang anda cari ada di situ.
PERFECT TAPI SINGLE? APA MASALAHNYA? >>
Tempat Orang Ramai Tengok Bola
Rasanya semua orang tahu yang kebanyakan lelaki sememangnya suka menonton bola sepak. Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk ke stadium, boleh berkunjung ke kedai mamak atau restoran seperti Rasta, ia sememangnya menjadi tumpuan lelaki. Mungkin mereka tidak memberi perhatian kepada anda ketika perlawanan sedang berlangsung, tetapi tunggu sahaja tamat separuh masa pertama. Waktu rehat itu digunakan mereka untuk mencari anda juga sebenarnya.
JANDA TOM CRUISE TAKUT TERIMA CINTA BARU >>
Futsal
Bak kata orang, sambil menyelam minum air. Apa kata anda berkumpul ramai-ramai dengan rakan anda dan rancang untuk bermain futsal. Aktiviti sihat ini boleh mendekatkan anda dengan ramai lelaki bujang kerana gelanggang futsal menjadi tumpuan mereka, tidak kiralah pada hari minggu atau hari biasa.
JEJAKA INDONESIA PUN SETANDING BINTANG KOREA >>
Kenduri kahwin
Mungkin faktor anda masih sendiri adalah kerana malas untuk ke jemputan kahwin. Bak kata orang tua-tua, pergi ke jemputan kahwin itu penting bagi mereka yang bujang untuk mengambil berkat. Tetapi mengikut logiknya, di situlah ramai lelaki bujang berkumpul untuk meraikan rakan mereka yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.
Online
Tidak dinafikan pada zaman sekarang, lebih ramai yang gemar duduk di hadapan komputer di rumah. Oleh kerana jarang keluar bersosial, anda tidak berkesempatan untuk bertemu dengan ramai orang. Jadi, apa kata anda cari mereka di laman sosial. Anda juga harus menyertai acara-acara anjuran selebriti di alam maya seperti Twitter, kerana di situlah anda dapat menilai ‘calon-calon’ yang selalu anda lihat di laman sosial.