Syawal semakin tiba. Tentunya wajah ingin disolek agar diri tampak lebih berseri. Namun, solekan yang dibiarkan sehingga berjam-jam boleh menjejaskan kulit wajah. Pastikan wajah anda bersedia dengan penjagaan yang sempurna sebelum diserang dengan layangan warna!
Berupaya membekalkan semula kesegaran dan keanjalan pada wajah, mask ini antara item perlu ada. Mengandungi serum Génifique Youth Activator, kulit pasti kelihatan lebih muda! Untuk kesan terbaik, gunakan sekali hingga dua kali seminggu.
Jika anda berdepan masalah kulit wajah yang kusam dan tidak bermaya, krim perlindungan malam ini mampu merawatnya. Kaya dengan formula LHA, asid Glycolic dan Vitamin C, krim ini juga sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Paling menarik, kulit kekal terhidrat walau dalam tempoh 24 jam!
Penggaris mata, maskara, gincu dan litupan bedak yang tebal mungkin sukar untuk ditanggalkan tanpa cucian yang berkali-kali. Etude kini merumuskan lima jenis minyak yang sesuai untuk membersihkan kesemua jenis solekan hanya dalam satu botol. Juga berupaya menanggalkan sel kulit mati, wajah pasti terasa lebih lembut selepas memakainya.
Penggaris mata, maskara, gincu dan litupan bedak yang tebal mungkin sukar untuk ditanggalkan tanpa cucian yang berkali-kali. Etude kini merumuskan lima jenis minyak yang sesuai untuk membersihkan kesemua jenis solekan hanya dalam satu botol. Juga berupaya menanggalkan sel kulit mati, wajah pasti terasa lebih lembut selepas memakainya.
Pelembap dengan tekstur krim yang ringan ini mengandungi Keratinase iaitu enzim pengelupasan yang berkesan untuk melembutkan lagi permukaan wajah. Sementara rumusan Royal Jeli dan ekstrak tebu menjadikan pelembap ini lebih unik untuk mengekalkan kadar hidrasi agar wajah lebih segar dan sihat!
Krim dengan formulasi mannose, vitamin dan mineral ini memberikan hidrasi pada wajah kulit dalam tempoh yang lebih lama. Sekali gus menjadikan wajah kelihatan lebih anjal dan berseri dengan krim bertekstur segar dan lembut.
Digunakan hanya pada waktu malam, krim pemutih ini merawat kulit wajah dengan memberikan kesan pencerahan secara menyeluruh. Diformulasi khas untuk merawat kerosakan kulit ketika siang, krim ini berupaya mengekalkan kelembutan pada wajah pada keesokan hari dengan kandungannya yang kaya dengan vitamin E.
Sinar UV menyebabkan wajah lebih terdedah dengan garisan halus, kedutan juga pigmentasi. Namun, losen yang bertindak sebagai pelindung ini mampu mengawal kadar pancaran matahari pada wajah. Ia juga mengatasi masalah wajah yang kusam akibat sinar UV.
Krim pelembap ini dirumus khas untuk kulit wajah yang berminyak. Merawat masalah minyak berlebihan, losen ini juga dapat mengimbangi semula kulit dalam tempoh lama. Juga dicipta dengan formula anti-shine sekali gus menghasilkan wajah matte selain melembutkan lagi permukaan wajah. Kandungan alga hijau dan linden dalam teksturnya pula mampu mengurangkan tanda kemerahan.
Mungkin serum ini adalah satu lagi produk yang terbaik untuk hasil anti-penuaan. Berupaya menyerap jauh ke dalam sel kulit wajah, formulasinya mampu memberikan kesan anjal secara semulajadi. Penemuan Tensin iaitu protein dermal untuk melambatkan penuaan pada kulit, Chanel mencipta serum ini untuk menyokong keanjalan kulit secara maksimum.
Untuk kesan wajah yang lebih bersih dan rata, gunakan wax strip untuk menanggalkan rambut di sekitar muka terutama di bahagian atas bibir. Bukan sahaja wax strip ini mengandungi bahan semulajadi termasuk aloe vera, pemakaiannya mampu memberikan hasil dalam tempoh yang lama. Cepat dan mudah, wax strip ini turut membuatkan permukaan wajah lebih lembut dalam masa empat minggu!