Wangian No.1 di Eropah kini telah dilancarkan pada satu majlis makan malam di G-Tower. Majlis yang dihias indah dengan dekorasi serba putih berserta pemandangan senja Kuala Lumpur melengkapi elemen romantis wangian La Vie Est Belle ini.
Bunga melur, orange blossom, pokok nilam, Iris Pallida menjadi nota utama wangian ini bagi menyuntik aroma segar, ceria dan unik. Dengan Julia Roberts sebagai duta wangian ini, menjadikan pakej La Vie Est Belle serba lengkap mentafsirkan wanita masa kini.