Kesibukan seharian adakalanya menyebabkan diri tidak sempat ditata sempurna. Bimbang terlewat untuk ke kelas atau pejabat, wajah terpaksa dibiarkan ‘kosong’ tanpa sebarang solekan. Akibatnya, muka kelihatan pucat dan tidak bermaya. Ketahui langkah solekan sepantas lima minit Bobbi Brown untuk memiliki wajah yang menawan lagi segar!
Sebelum
Langkah 1
Berfungsi sebagai penyamar noda, Bobbi Brown Eye Brightener (RM130) dengan tekstur yang lebih ringan ini menjadi alat solek pertama digunakan. Sapukan sedikit di bawah dan atas mata dengan rata menggunakan berus yang disediakan. Ia bertujuan melitupi lingkaran gelap, tanda kemerah-merahan dan lain-lain cela.
Tip EH!: Pastikan anda memilih rona penyamar noda yang sesuai dengan warna kulit.
Langkah 2
Berikan litupan menyeluruh pada wajah dengan Bobbi Brown SPF15 Tinted Moisturizer (RM150). Bukan sahaja ia bertindak sebagai bedak asas cecair, malah produk ini turut menjadi pelembap dan pelindung daripada sinar UV. Gunakan berus untuk menyapu rata teksturnya pada seluruh wajah.
Tip EH!: Gunakan Tinted Moisturizer yang bersesuaian dengan warna kulit. Untuk finishing yang lebih sempurna, gunakan Illuminating Finishing Compact Foundation SPF12 dan sapukan dengan rata.
Langkah 3
Berbeza dengan teknik solekan biasa, Bobbi Brown mengutamakan bahagian pipi terlebih dahulu berbanding mata. Menurut Bobbi, pipi yang diberi efek blush sekaligus menjadikan wajah kelihatan lebih segar walau tanpa solekan mata. Aplikasikan Pot Rouge For Lips & Cheeks (RM90) untuk pemerah pipi menggunakan berus. Sapuan hendaklah bermula dari buah pipi hingga ke penghujung tulang pipi.
Tip EH!: Ukir senyuman untuk membentuk buah pipi dengan mudah agar pemerah pipi dapat dilakukan dengan lebih sempurna.
Langkah 4
Solekan untuk ke pejabat mahupun ke kelas tidak memerlukan rona bibir yang terang. Cukup sekadar mendapatkan efek stain untuk mewarnakan bibir. Untuk solekan pantas, gunakan Pot Rouge For Lips & Cheeks (RM90) yang sama bagi fungsi pemerah pipi tadi. Gunakan berus atau jari dan sapukannya dalam kuantiti yang sedikit pada seluruh bibir.
Tip EH!: Untuk bibir yang kering, sapukan sedikit salap bibir sebelum mengaplikasikan produk gincu.
Langkah 5
Kata Bobbi, solekan mata tidak semestinya perlu ditata penuh. Memadai hanya dengan menyempurnakan bahagian kening dengan rona yang bersesuaian. Gunakan Bobbi Brown Natural Brow Shaper in Rich Brown (RM75) yang dilengkapi dengan berus. Mudah untuk digunakan!
Tip EH!: Rapikan keningmu agar tampak lebih kemas selain menjadikan solekan mata lebih menonjol.
Langkah 6
Bahagian terakhir yang perlu ditata tentunya bulu mata. Gunakan Bobbi Brown Everything Mascara in Black (RM90) dan aplikasikannya pada bulu mata atas dan bawah. Nah, anda kini memiliki solekan yang pantas dan sempurna untuk impak wajah yang segar lagi lively!
Selamat mencuba!
Langkah Ekstra
Memandangkan langkah ini adalah optional, anda boleh menyempurnakan lagi bahagian mata menggunakan Bobbi Brown Long Wear Cream Shadow (RM90). Gunakan berus atau jari dan sapukan sedikit teksturnya di bahagian bawah kelopak mata. Kemudian, sapukan highlight di tulang kening.
Scroll ke bawah untuk melihat keputusannya!
Selepas
Kenali Jurusolek, Sapphira!
Seindah namanya, wanita ini bisa menghadiahkan wajah yang cantik selepas mendapat sentuhan magisnya! Senior Makeup Artist untuk Bobbi Brown, Sapphira kini menjangkau tahun keempatnya bersama syarikat kosmetik terkemuka itu.
|
Kerana minatnya yang begitu mendalam terhadap bidang solekan, Sapphira sanggup meninggalkan kerjaya lamanya dalam industri perkapalan. Diterajuinya selama lima tahun, Sapphira tekad untuk meneruskan impiannya sebagai jurusolek. Berbekalkan bakat dan wang simpanan, Sapphira sanggup berhabis membeli set solekan bernilai ribuan ringgit dan mengintai setiap peluang yang ada.
Disifatkan sebagai antara ‘aset penting’ buat Bobbi Brown, akhirnya Sapphira berjaya mengorak langkah sebagai jurusolek pilihan Bobbi Brown Malaysia. EH! mengucapkan selamat berjaya buat Sapphira untuk terus mencipta kejayaannya dalam bidang yang diterajui kini!