Gincu melengkapkan solekan dan mampu menaikkan seri wajah. Rona dan tekstur gincu perlu sesuai dengan kulit wajah dan seiring penampilan. Jenama gincu di pasaran menawarkan nuansa menarik untuk digayakan mengikut fesyen yang dipakai. Ayuh suai padan gincu anda!
TIPS 1
Gincu Glossy
Mengandungi pelembap yang tinggi dan struktur berkilat, gincu glossy tampak menawan digayakan dan sesuai untuk penampilan imej sweet and young. Tampil seksi dengan palitan gincu glossy!
TIPS 2
Gincu Matte
Dengan struktur kering tanpa kilatan, gincu matte memberikan imej matang dan sofistikated kepada si pemakai. Kandungan pelembap yang minima menjadikan warna gincu bertahan lebih lama. Pemakai tentu tampak berani dan yakin dengan pilihan rona matte.
TIPS 3
Gincu Sheer
Less is more! Ayuh tampil ringkas dan semulajadi dengan nuansa sheer. Dengan rona samar menyerupai lipgloss, ia menyerlahkan lagi kecantikan asli bibir anda. Sesuai dengan imej santai dan mereka yang gemarkan no makeup look!