Di dalam kehidupan orang dewasa, banyak perkara yang memberi tekanan kepada kita terutamanya perihal kerja, kewangan, perkahwinan dan banyak lagi yang boleh menyerabutkan fikiran. Tekanan tidak bagus untuk semua, tidak kira lelaki mahupun wanita. Namun begitu, kebanyakan lelaki tidak suka untuk berkongsi masalah mereka yang membuatkan mereka lebih berada di dalam keadaan yang tertekan berbanding wanita. Oleh itu, kami menyenaraikan beberapa kesan tekanan kepada kaum lelaki supaya mereka menjadi lebih terbuka untuk berkongsi masalah bagi mengurangkan tekanan yang dialami.
Gambar: INGimage
Menjadi Kurang Menarik
Hormon testosteron sangat berkait rapat dengan daya imun serta daya penarik seseorang lelaki. Tekanan menyebabkan penghasilan hormon kortisol yang menjejaskan penghasilan hormon testosteron. University of Aberdeen telah menjalankan kajian yang melibatkan penilaian wanita ke atas daya penarik seseorang lelaki. Didapati lelaki yang mempunyai hormon testosteron yang tinggi dan hormon kortisol yang rendah mempunyai daya penarik yang jauh lebih tinggi. Percaya atau tidak, kajian sudah membuktikan lelaki yang sering tertekan akan cepat menjadi kurang kacak di mata wanita.
ADAKAH ANDA WANITA YANG LELAKI CUBA ELAK? >>
Kurang Penghasilan Sperma
Reuters Health melaporkan lelaki yang sering tertekan dan bimbang kurang mencapai klimaks ketika bersama dengan pasangan dan menghasilkan sperma yang sedikit dan kurang pekat. Tekanan juga dikaitkan dengan tahap kesuburan lelaki kerana dikatakan menjadi punca sperma yang kurang bergerak dan tidak sempurna.
CIRI LELAKI ANTI-PERKAHWINAN >>
Jadi Pendiam
Sekiranya wanita berada di dalam keadaan tertekan, otaknya akan lebih aktif berfungsi tetapi situasinya berbeza dengan kaum lelaki. Menurut kajian oleh University of Southern California, lelaki yang berada di dalam keadaan tertekan membuatkan bahagian otak yang menganalisis emosi orang di sekelilingnya terbantut. Hasilnya, mereka akan menjadi lebih senyap daripada biasa dan kurang fokus ketika bersosial bersama rakan-rakan.
CARA MENJINAKKAN LELAKI EGO >>
Masalah Ereksi
Menurut seorang profesor di Jabatan Neurologi, Robert M Sapolsky, 10 – 20 peratus masalah ereksi lelaki disebabkan oleh faktor psychology seperti tekanan, kebimbangan dan kekecewaan. Lelaki merasa ghairah kerana sistem saraf parasympathetic berjaya dihidupkan tetapi sekiranya dia berada di dalam keadaan yang tertekan, lelaki akan mengalami masalah ereksi kerana hanya sistem saraf sympathetic yang berfungsi. Sekiranya suami anda mempunyai masalah ini, pasti dia berada di dalam keadaan tertekan. Cubalah bertanya apa masalah yang dihadapinya untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi.
TIP MENGATASI MASALAH PERUT BOROI OLEH SELEBRITI >>
Berisiko Untuk Menghidap Kanser Prostat
Kajian terkini oleh University of California yang dilakukan ke atas tikus putih mendapati lelaki yang mengalami tekanan kronik mempercepatkan perkembangan sel kanser prostat dan menyarankan pesakit kanser prostat untuk menjalani gaya hidup tanpa tekanan sebagai salah satu rawatan untuk mereka pulih seperti biasa.