Sekiranya anda aktif di laman sosial, pasti anda sudah tahu kisah pergolakan keluarga pelakon yang semakin meningkat naik, Afiq Muiz yang telah dilabel sebagai anak derhaka oleh ibu kandungnya sendiri! Terbaru, Eina dikatakan memberi kenyataan yang ibu Afiq kurang siuman.
COMELNYA DATO’ SITI BUAT GWIYOMI >>
GAMBAR ARTIS PADA ZAMAN KANAK-KANAK >>
Cerita bermula apabila ibu Afiq dikatakan marah dengan Eina Azman yang dituduhnya mengikis duit simpanan Afiq yang sepatutnya digunakan untuk membeli kereta dan rumah untuk masa hadapannya. Eina yang terkejut dengan dakwaan tersebut meminta agar ibu Afiq memohon maaf di atas kenyataan itu dan mengatakan dia tidak pernah mengikis duit Afiq kerana dia mempunyai hasil pendapatan sendiri. Afiq turut membuat kenyataan yang ibunya telah menghalaunya keluar dari rumah dan hanya akan menghubunginya untuk bertanyakan soal wang.
Ibunya pula memberi kenyataan balas yang mengatakan Afiq keluar dari rumah kerana kurang selesa dengan rumah yang agak kecil yang didiami oleh mereka sekeluarga. Afiq akhirnya mengambil tindakan untuk menunjukkan SMS daripada ibunya yang mendoakan kecelakaan kepadanya. Situasi ini agak menyedihkan. Ia bukan sahaja boleh memburukkan nama Afiq sebagai pendatang baru, malahan boleh menutup periuk nasinya. Harapan kami agar hal ini diselesaikan dengan segera secara empat mata tanpa melibatkan campur tangan pihak media.