Melihat raut wajah jejaka kelahiran Petaling Jaya ini, ramai pasti menyangka dia seorang yang pendiam. Namun begitu, menurut penulis kami, Hafizan Mohd, ketika bertemu dengannya untuk penggambaran halaman Lelaki Bulan Ini, Kaer seorang yang peramah, mempunyai personaliti yang disenangi dan mudah didekati. Di sini, kami senaraikan lima fakta menarik mengenai Kaer Azami yang mungkin anda tidak tahu.
1. Kaer seorang yang perfectionist. Dia akan memastikan setiap kerja yang dilakukan berjalan seperti yang dirancang.
2. Mengagumi Oprah Winfrey kerana merasakan beliau begitu pemurah.
SHAHEIZY SAM MASAK UNTUK PEMINAT >>
3. Kaer mempunyai label pakaian sendiri iaitu, Kaer Homme dan turut mereka sendiri koleksi pakaian yang dikeluarkan.
REMY ISHAK TOLAK KARYA BERUNSUR SEKSUAL >>
4. Cara Kaer menghadapi tekanan adalah dengan berjemur dan berehat di tepi pantai.
KISAH PATRICK J ADAMS DENGAN SUITS-NYA >>
5. Kopi adalah lifetime soul mate baginya kerana menganggap minuman itu mempunyai rasa dan aroma yang seksi.
*Ikuti temubual penuh Hafizan Mohd bersama Kaer Azami di dalam EH! keluaran April.