Menjaga kulit muka lelaki sama penting sebagaimana perempuan memelihara kulit mereka. Hari ini pelbagai jenama tampil dengan himpunan khusus buat lelaki. Tidak hanya produk asas, rangkaian ini juga dipanjangkan dengan pengenalan produk penjagaan khusus buat mata, anti penuaan dan pencerahan.
Terbaru, Laneige memperkenalkan produk penjagaan wajah buat jejaka. Mentega mangga yang melembap, buih-buih mikro serta minyak biji bunga matahari dan minyak zaitun antara rahsia kehebatan Laneige Homme Active Water Cleansing Foam ini. Tidak hanya bertindak melembapkan kulit wajah ia juga menyuntik kesegaran dengan pantas. Milikinya pada harga RM65 (150ml). Cuci wajah sekurang-kurangnya dua kali sehari, dan seeloknya usah terlalu lama kerana mencuci wajah terlalu lama akan membuatkan kulit menjadi kering.