Setelah kecoh mengenai gambar pra-perkahwinannya, Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan selamat diijabkabulkan pada Sabtu lalu.
Gambar: facebook Liyana Jasmay
Upacara akad nikah disempurnakan sendiri oleh bapa Liyana, Dato’ Haji Jasmay Md Shah. Dengan dua kali lafaz, Liyana secara rasminya menjadi isteri yang sah kepada Fathuddin. Liyana menerima mas kahwin berbentuk gelang emas bernilai RM5,500 dan wang hantaran berjumlah RM28,388. Liyana memberikan Fathuddin tujuh dulang hantaran sebagai balasan lima dulang yang diterimanya.
Gambar: facebook Liyana Jasmay
Liyana yang memilih untuk mengenakan busana rekaan Jovian Mandagie dan Rizman Ruzaini ini tidak menafikan bahawa dia banyak mendapat tawaran tajaan untuk perkahwinannya, namun kesemuanya ditolak dengan baik. Menurutnya, dia mahu merasa sendiri susah payah untuk merancang hari bahagianya tanpa terikat dengan mana-mana tajaan. Kakaknya yang sudah berpengalaman dalam merancang perkahwinan sebelum ini banyak membantunya.
Gambar: facebook Liyana Jasmay
Majlis resepsi yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ini dimeriahkan dengan kehadiran artis-artis tempatan seperti Eja dan suami, Lisa Surihani dan Yusri Abdul Halim, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari serta ramai lagi. Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru ini, semoga berbahagia sehingga ke anak cucu.
AERIEL ZAFREL SENANG DENGAN LIYANA JASMAY >>
SOLEKAN MANIS LIYANA & DIANA >>