Akibat kerana terlalu taksub akan kecantikan rupa parasnya, seorang bekas model telah mencucuk minyak masak ke dalam wajahnya dan lihat sahaja apa yang terjadi kepada wanita ini kerana ketaksuban diri sendiri.
Gambar: dailymail.co.uk
TRANSFORMASI SELEBRITI HOLLYWOOD >>
Hang Mioku adalah seorang yang ketagih dengan pembedahan plastik dan disebabkan hal ini, dia telah mencacatkan rupa parasnya sendiri. Dia sudah mula menjalani pembedahan plastik pada usia 28 tahun dan setelah berpindah ke Jepun, dia menjadi lebih obses untuk mendapatkan kulit yang lebih licin dan cantik. Akibat pembedahan plastik yang terlalu banyak, wajahnya berubah dan membesar dan doktor telah mengambil keputusan untuk menghentikan segala rawatan kecantikan ke atasnya.
Gambar: dailymail.co.uk
ARTIS JADI HODOH KERANA PEMBEDAHAN PLASTIK >>
Gambar: dailymail.co.uk
ANGELINA JOLIE BUANG PAYUDARANYA >>
Gambar: dailymail.co.uk
Oleh sebab itu, Hang telah membeli silikon di pasaran gelap dan menggunakan kesemuanya sebelum menyuntik minyak masak yang menyebabkan mukanya menjadi bengkak dan berparut sehingga ibu bapanya sendiri sudah tidak dapat mengenalinya. Dia telah digelar ‘kipas bergerak’ kerana saiz kepala yang jauh lebih besar dan tidak padan dengan badannya.
Gambar: dailymail.co.uk
CARA ORANG KOREA DAN JEPUN JAGA KULIT >>
Cerita tentang dirinya yang tersiar di kaca televisyen di Korea – telah membuatkan ramai yang bersimpati dan bermurah hati menderma untuknya menjalani pembedahan pemulihan wajahnya. 10 pembedahan telah dilakukan untuk membuang 60 gram silikon, minyak serta bahan asing daripada wajah dan lehernya. Walaubagaimanapun, pembedahan tersebut masih tidak berjaya untuk memulihkan sepenuhnya wajah wanita itu dan impian Hang pada ketika ini adalah untuk mendapatkan kembali wajahnya yang asal. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Gambar: dailymail.co.uk