Kami ada terserempak dengan Nabila Huda bersama dengan Nas-T di Future Music Festival Asia dan sememangnya mereka berdua sangat sepadan. Oleh kerana sudah kedua-duanya sudah lama saling mengenali, tidak pula sesiapa menjangkakan yang mereka kini sedang hangat bercinta.
HANS DAN NEELOFA BINCANG SOAL KAHWIN >>
Gambar: instagram Nabila Huda
KAWAN SENDIRI RAMPAS SUAMI NONISWARA >>
Namun begitu, akhirnya Nabila dan Nas-T sendiri telah mengakui hubungan cinta mereka kepada pihak media. Nabila mengatakan yang dia bukanlah seorang yang senang jatuh cinta tetapi apa yang membuatkannya tertarik dengan Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar ini adalah sikapnya yang begitu memahaminya,menyenangkan dan ‘cool’. Menurut Nabila lagi, dia kini sangat bahagia dengan Nas-T kerana keserasian membuatkan mereka berdua boleh berkomunikasi dengan baik sekali.
Gambar: instagram Nabila Huda
NELYDIA SENROSE PENYEBAB PERPISAHAN YUNA DAN QI? >>
Nas-T turut mengambil serius hubungan mereka berdua ini dan sanggup untuk bertemu dengan keluarga Nabila untuk membincangkan tentang hubungan mereka dengan lebih lanjut. Amboi, gentleman betul Nas-T! Menurutnya, dia tertarik dengan perangai Nabila yang ala-ala tomboy dan faham dengan perangai lelaki dan mengakui yang mereka keluar bersama setiap hari. Gembira sungguh kami mendengar berita ini dan kami berharap keserasian mereka akan kekal sehingga ke jinjang pelamin!