Pengacara, pelakon dan usahawan muda jelita Neelofa sering saja dilanda kontroversi. Baru-baru ini kontroversi sekali lagi menerjah selebriti ini apabila dia dikaitkan dengan seorang jutawan automotif yang juga suami kepada seorang selebriti yang dikenali. Neelofa dengan rasa kesal menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan bahawa cerita negatif seperti ini tidak sepatutnya timbul kerana dia dan keluarganya sudah mengenali keluarga jutawan tersebut serta ahli keluarga jutawan tersebut sejak dia berusia 17 tahun lagi. Oh, kira family friends lah!
Gambar: twitter Neelofa
Neelofa turut menambah isu seperti ini bukan sahaja boleh menjejaskan kariernya malah keharmonian rumah tangga jutawan tersebut. Menurut pelakon Kasih Najihah dan pengacara program Nona dan meleTOP ini, dia masih lagi setia dengan kekasih hatinya, penerbit dan pelakon, Hans Isaac. Walau bagaimanapun, Hans dikatakan masih belum bersedia untuk memberitahu umum tentang status hubungannya dengan Neelofa.
Gambar: twitter Neelofa
Terkini, Neelofa menumpukan perhatiannya terhadap bidang pengacaraan dan sedang berusaha untuk mengatasi rekod Fara Fauzana yang memenangi Pengacara Wanita Popular dalam ABPBH selama 6 kali berturut. Wah, baguslah kalau begitu. Apa salahnya kalau ada persaingan yang sihat untuk memperbaiki mutu kerja.
3 CARA UNTUK CANTIK SEPERTI NEELOFA >>
NEELOFA NAK JADI HALIMUNAN? >>