Pertama sekali kami ingin mengucapkan tahniah kepada pelakon, pengacara dan pengusaha produk kecantikan BellaVita, Noor Neelofa Mohd Noor kerana telah Berjaya menggondol Anugerah Heroin Terbaru Terhebat di Anugerah Blockbuster yang kedua baru-baru ini. Anugerah tersebut merupakan yang pertama buat pelakon yang berasal daripada Pasir Mas, Kelantan ini.
Berbalik kepada tajuk utama kami, baru-baru ini, kami telah bertemu dengan Lofa di dalam satu penggambaran penghias kulit sebuah majalah di ibu kota dan ada bertanyakan tentang perancangan perkahwinannya pula. Lofa tanpa berselindung mengatakan yang dia mahu menamatkan zaman bujangnya sebelum mencecah umur 28 tahun. Walaupun tidak pasti bila dia akan berkahwin tetapi dia menyasarkan umur 28 tahun sebagai masa yang terbaik untuk dia menamatkan zaman bujangnya. Lofa juga menyatakan hanya dia sahaja yang masih belum berkahwin di antara adik beradik perempuannya. Kami doakan Lofa cepat dipertemukan jodoh yang baik-baik dan jangan lupa untuk jemput kami ya!