Nampaknya tahun 2013, merupakan tahun ‘comeback’ buat kumpulan rock terkenal, Paramore. Setelah dua tahun berehat, Paramore akhirnya mengumumkan pelancaran album baru mereka pada April ini dan sudah pun memulakan konsert jelajah mereka. Kuala Lumpur sekali lagi menjadi tempat persinggahan kumpulan rock ini untuk peminat tempatan melepaskan rindu kepada persembahan mantap kumpulan rock alternatif ini.
SAMBUTAN POST-VALENTINE DENGAN HAYLEY WILLIAMS >>
EH! berkesempatan untuk turut menyaksikan Paramore beraksi di atas pentas Malaysia buat kali kedua. Namun begitu, penulis sememangnya agak kecewa kerana kumpulan yang diminatinya, One Buck Short membatalkan persembahan pembukaan di konsert Paramore Ahad lalu kerana keadaan kesihatan penyanyinya, Mooky, yang tidak mengizinkan. Namun, persembahan pembukaan kumpulan Mewithoutyou langsung tidak menghampakan dengan membawakan lagu bergenre rock yang diiringi alunan akordion. Penyanyi kumpulan Paramore, Hayley Williams turut mengejutkan penonton dengan menyertai persembahan Mewithoutyou secara rawak untuk sebuah lagu.
PUTARAN TERAKHIR SWEDISH HOUSE MAFIA >>
Tepat jam sembilan malam, Paramore memulakan persembahan mereka. Sama seperti kumpulan-kumpulan rock yang lain, mereka sememangnya mantap dan bertenaga. Jadi apa yang membuatkan persembahan mereka lebih menyerlah? Kesemua ahli kumpulan Paramore memainkan peranan dalam menghasilkan persembahan yang pecah pentas. Penulis merasakan pemain dram baru Paramore yang juga merupakan bekas pemain dram Lostphrophets dan Nine Inch Nails, Ilan Rubin paling cemerlang pada persembahan mereka pada kali ini. Ia turut disokong dengan kenyataan AG Coco di laman Twitternya yang mengatakan “sudah lama tidak mendengar bunyi drum yang ‘gangster’ seperti itu”.
PERSEMBAHAN PERTAMA PARAMORE DI MALAYSIA >>
Namun menurut rakan penulis yang turut menjadi peminat setia Paramore, Taylor York gitaris kumpulan tersebut menjadi daya penarik untuknya hadir ke konsert Paramore Ahad lalu. Setelah melihat sendiri aksi Taylor barulah penulis faham. Taylor dan pemain bass, Jeremy Davis mendapat sorakan penonton dengan aksi stunt yang dilakukan bersama ketika persembahan. Dan Hayley Williams sendiri mempunyai aura untuk menguasai perhatian penonton sepanjang persembahan mereka. Setiap kali berinteraksi dengan penonton, Hayley akan menyampaikan kata-kata penghargaan kepada semua peminat setia sekali gus membuatkan mereka merasa dihargai.
SELAMI HATI DIVA ROCK MALAYSIA >>
Pada malam itu, Paramore menyampaikan lagu-lagu daripada album terbaru mereka termasuk lagu ‘In The Morning’ serta lagu-lagu hit mereka yang terdahulu seperti, ‘The Only Exception’, ‘Decode’ dan ‘That’s What You Get’. Secara keseluruhannya, kemunculan semula Paramore di Malaysia sememangnya berjaya mengubat rindu peminat mereka. Turut kelihatan pada malam tersebut adalah AG Coco, Narmi dan DJ Hitz FM Jin & Ryan.
Gambar: Livescape Asia