Gambar: INGimage
Rata-rata di antara kita sememangnya sangat mementingkan kecantikan kulit. Kulit yang licin dan cantik boleh memberikan keyakinan secara semula jadi. Namun, selari dengan peningkatan umur, kulit menjadi kurang anjal, berpigmen dan yang paling memeningkan kepala adalah kehadiran kedutan yang menampakkan penuaan. Anda sebenarnya boleh melawan penuaan kulit dari sekarang!
KEBAIKAN MADU ASLI UNTUK KULIT >>
Berhenti Merokok
Bukan sahaja membahayakan kesihatan tetapi merokok juga mampu merosakkan kolagen dan mengurangkan estrogen yang penting untuk mengekalkan keanjalan kulit. Dengan berhenti merokok, anda mampu melambatkan proses penuaan kulit anda.
Kekalkan berat badan sihat
Jangan tidak tahu, usaha anda mengamalkan diet sihat bukan sahaja mampu mengekalkan bentuk badan yang cantik tetapi turut menjamin awet muda pada kulit. Sekiranya diet yang diamalkan tidak konsisten, kulit anda sukar untuk menstabilkan keanjalannya. Banyakkan pengambilan ikan, sayuran hijau serta teh hijau untuk kebaikan kulit anda.
DEBORAH HENRY AMAL VITAMIN C UNTUK CANTIK >>
Jangan mencungkil atau memicit jerawat
Jerawat merupakan masalah biasa kulit. Namun, jangan sekali-kali anda memicit jerawat anda kerana ia mungkin akan memberikan parut hitam pada masa sekarang tetapi kesan cungkilan tersebut akan dilihat selari dengan peningkatan usia.