Bukan sahaja berbakat dalam bidang seni, selebriti-selebriti tanah air sememangnya pandai berniaga terutamanya di dalam bidang perkhidmatan makanan. Rata-rata artis Malaysia tidak lokek untuk berkongsi masakan kegemaran mereka di restoran yang mereka usahakan.
Restoran Puteri
Gambar: mstar.com.my & miraks.multiply.com
Jika anda teringin untuk makan masakan kampung seperti siput sedut masak lemak, ikan asam pedas, daging salai lemak cili api atau lompat tikam, Restoran Puteri adalah tempat yang wajib dikunjungi. Restoran milik pelakon Rubiah Suparman dan penerbit serta penulis lirik Habsah Hassan ini turut menyediakan bufet makan tengah hari dengan hanya RM30/pax. Lokasinya terletak di Brickfields dan Taman Tun Dr Ismail.
Khadijah’s Kitchen
Gambar: facebook Khadijah’s Kitchen
Satu lagi restoran yang menghidangkan hidangan tradisional seperti sotong masak hitam, sambal udang tempoyak dengan daun kunyit serta bayam goreng dengan tahu kering adalah Khadijah’s Kitchen. Restoran milik penyanyi Dato’ Khadijah Ibrahim yang terletak di Seksyen 11 Petaling Jaya ini menghidangkan masakan dari resipi beliau sendiri.
Ogy D’Greenwood
Gambar: facebook Ogy D’ Greenwood
Berlainan pula dengan Fauziah Ahmad Daud, beliau lebih memberikan pilihan kepada pengunjung restorannya dengan menu masakan Arab, barat, Indonesia, Thai dan Melayu. Pengunjung boleh menikmati masakan panas ala carte dan bufet yang majoritinya dari resipi keluarganya di sini. Bertempat di Jalan Batu Caves, restoran ini mampu menampung 800-1000 sekiranya anda berhajat untuk mengadakan majlis kenduri di situ.
BERAT TURUN DALAM 2-3 HARI? FAKTA ATAU AUTA? >>
DIET TERBAIK UNTUK KULIT GEBU >>