Kadangkala, di dalam sesuatu perhubungan, lebih banyak pahit daripada manisnya. Kalau lebih banyak air mata yang mengalir daripada gelak tawa yang dikongsi bersama, mungkin sudah tiba masanya anda mengangkat kaki. Kami ada tiga tanda yang menunjukkan perhubungan anda berdua tidak akan ke mana-mana.
ANNE HATHAWAY BAKAL TERKENA SUMPAHAN OSCAR >>
Perbezaan Matlamat
Sekiranya anda berbeza dari segi minat atau perangai, ia tidak akan menjadi masalah besar di dalam perhubungan. Tetapi jika anda berdua berbeza di dalam matlamat hidup, banyak masalah yang bakal timbul pada masa akan datang. Anda kuat bekerja dan mempunyai visi tersendiri di dalam kerjaya manakala si dia selesa dengan jawatan yang rendah sahaja. Pada mulanya si dia menyokong tetapi lama-kelamaan, pasangan akan berubah fikiran kerana anda lebih mementingkan kerjaya daripada dirinya.
EMMA ZAINAL BAKAL ISTERI AIDIL ZAFUAN? >>
Dia Sudah Tidak Berada Di Dalam Fikiran Anda
Jangan paksa diri untuk meneruskan perhubungan sekiranya si dia jarang berada di dalam fikiran anda. Walaupun anda berdua sedang keluar bersama tetapi apa yang difikirkan adalah hal kerja atau masalah di rumah. Rasa rindu sudah pudar dan anda tidak lagi meletakkan pasangan sebagai salah satu keutamaan anda. Sekiranya ini berlaku di dalam perhubungan anda berdua, berpisahlah untuk kebahagiaan bersama.
ALMY NADIA TERGAMAM DENGAN KEPUTUSAN FIZZ FAIRUZ >>
Hanya Anda yang Beria-ia
Setiap kali temu janji, anda yang beria-ia mengajaknya. Tarikh ulang tahun anda berdua pun si dia tidak ingat. Jika anda tidak menelefonnya, selama seminggu tiada komunikasi di antara anda berdua. Apa lagi yang ditunggu? Jangan seksa kehidupan anda. Tinggalkan pasangan anda segera!
NELYDIA PUNCA PERPISAHAN QI DAN YUNA? >>
*Untuk mengetahui bila anda patut mengucapkan selamat tinggal kepada si dia, selak ke halaman 189 untuk artikel penuh oleh Izni Jalil.