La Vie Est Belle membawa maksud Life Is Beautiful. Dan baris ayat singkat ini menjadi nama dan inspirasi Lancome menghasilkan haruman yang cukup indah ini. Ikuti temu bual singkat EH! bersama Julia Roberts tentang haruman baru ini.
Anda punya sebarang tabiat yang buat anda kekal sihat dan tampil jelita?
Saya cuba mengawal pemakanan tetapi masih pada kadar berpada-pada. Saya cuba menyeimbangkannya. Saya rasa ia punya kaitan dengan air dan makanan hijau. Saya banyak mengambil ‘bahan’ hijau. Oh saya juga berhenti mengambil gluten.
Anda turut terlibat dalam pembikinan haruman ini?
Ya, sudah tentu. Itu yang membuatkan ia lebih menyeronokkan. Sejak dulu lagi saya pesan kepada mereka, jika mereka mahu saya menjadi ‘wajah’ kepada haruman baru mereka, saya mahu terlibat sama. Saya mahu sebuah haruman yang membuatkan orang berkata “Oh, inilah haruman yang dia pakai”. Saya berkongsi dengan mereka tentang jenis haruman yang saya sukai, dan pokok nilam adalah salah satu daripadanya. Begitu juga dengan aroma kayu-kayan. Mereka suakan saya dengan pelbagai jenis bau, dan jika saya tidak sukakannya saya berterus-terang pada mereka. Saya agak terkejut kerana mereka banyak mengambil kira pendapat saya. Itu yang membuatkan proses penghasilannya lebih seronok.
Pendapat anda tentang botolnya?
Sangat cantik. Jika anda mahu tahu, pada saya apa yang mereka cipta cukup menakjubkan. Hari ini semuanya tentang ‘nama’, semua benda tercatat nama syarikat, nama individu atau tempat. Tetapi pada haruman baru ini, tiada apa-apa yang dicatatkan pada botolnya, termasuk namanya sendiri. Ini adalah satu ‘statement’ yang cukup kuat, yang perlu ada hanyalah botol yang cukup menyerlah. Rona haruman ini juga ‘sweet’ dan lembut. Sememangnya ia cukup menawan.
Berdasarkan nama haruman ini, apakah inspirasi yang anda ‘cedok’ daripadanya?
La Vie a Belle, the beautiful life. Sekali lagi, sama seperti botolnya, aromanya, dan juga namanya, jelas membuktikan mereka bekerja keras untuk menghasilkan keseragaman yang cuba mereka sampaikan, dan pada saya mereka berjaya melakukannya. Namanya cukup ‘sweet’ dan ringkas, dan bagaikan hari yang cerah berseri pada saya.