Selalunya lelaki sangat sinonim dengan rambut pendek tapi tidak pula menyangkal ada yang selesa dengan rambut panjang. Ada sesetengahnya kelihatan sangat macho dengan rambut panjang. Sesetengah perempuan mendapati lelaki yang berambut panjang ni seksi. Siapakah selebriti antarabangsa dan tempatan yang sesuai dan tidak sesuai berambut panjang?
Keith Urban
Suami kepada aktres terkenal Nicole Kidman ini memang sangat sesuai dengan middle length hair style ini. Tidak terlalu panjang dan terlalu pendek buatnya. Keith sudah lama mengayakan rambut sebegini. Keith Urban mampu membuatkan hati wanita cair jika berdepan dengannya.
Chris Hemsworth
Peneraju watak Thor ini kelihatan sangat sesuai dengan rambut panjang. Chris Hemsworth pernah muncul dengan imej rambut pendek tapi mungkin kurang sesuai dengan bentuk mukanya.
Brad Pitt
Rasanya Brad Pitt lebih sesuai berambut pendek kan? Rambut panjang membuatkan wajah Brad Pitt tampak kusut dan tak terurus.
Tom Cruise
EH! berpendapat Tom Cruise sesuai mengayakan apa jua stail rambut tak kira panjang mahupun pendek. Rambut panjang membuatkan Tom Cruise kelihatan sangat seksi manakala rambut pendek menjadikan keselurahan look Tom Cruise tampak sangat classy.
Faizal Tahir
Bagi si peminat tegar Superman ini rasanya pasti sukar mengayakan rambutnya. Faizal Tahir sering tampil dengan imej berambut panjang. EH! rasa Faizal sangat sesuai dengan rambut panjang TAPI dibiarkan wavy dan bukannya diluruskan.
Farid Kamil
Farid Kamil rasanya lebih elok berambut pendek kerana nampak sangat kemas berbanding berambut panjang.