Luahkan rasa cinta anda pada yang tersayang dengan menghadiahkan sesuatu pada si dia. Pasti si dia tersenyum lebar dengan pemberian hadiah darimu. Ruangan tip hangat kali ini membantu anda 5 cara untuk menambat hati si dia.
1. Set Aksesori
Sekiranya pasanganmu gemar dengan aksesori, pilihlah rantai, gelang mahupun cincin yang sesuai. Hadiah yang diberikan lebih bermakna jika terdapat maksud yang tersirat disebalik aksesori yang dihadiahkan. Contohnya, seperti loket rantai yang terdapat ukiran namanya. Pasti si dia selalu mengingatimu setiap kali memakai aksesori tersebut.
2. Bunga
Tahukah kamu, bunga merupakan penjualan yang tertinggi pada hari kekasih. Walaupun pemberian bunga agak lapuk ideanya tetapi jangan salah sangka kerana wanita memang gemar dengan pemberian jambangan bunga! Buat kejutan di rumah atau di tempat kerjanya dengan sejambak bunga bersama nota cinta yang romantis.
3. Memori Indah
Rakamkan memori indah bersama kekasih hati dengan pengalaman romantis yang tidak dapat dilupakan. Antara perkara romantik yang diidamkan bagi setiap wanita adalah belayar menaiki cruise ke tempat yang si dia ingini. Pasti pengalaman berharga ini mengeratkan lagi hubungan cinta anda berdua.
4. Hadiah Romantik
Kadangkala, pemberian hadiah hasil tangan sendiri lebih bermakna dan mempunyai nilai sentimental. Jadikan diri anda sebagai pencinta yang kreatif dengan membuat satu video romantis yang dapat membuatkan si dia terharu dengan usahamu. Selain daripada itu juga, anda boleh mencipta buku seperti “10 Reasons Why I Love You”. Sungguh romantis!
5. Makan Malam
Antara perkara yang diidamkan wanita adalah kejutan makan malam. Malam itu lebih romantis jika si dia menyarungkan padanan yang dihadiahkan oleh kamu. Tidak kiralah ke hotel atau restoran mewah, buatlah satu kejutan yang membuatkan si dia bertambah sayang padamu.
Masih lagi buntu apa yang mahu dihadiahkan kepada kekasih? Jangan lupa dapatkan Eh! Februari 2012 untuk mengetahui lagi cara-cara menambat hati si dia!