Setiap wanita pasti mempunyai majlis perkahwinan idaman dan mahukan segalanya sempurna di hari bahagia mereka. Salah satu perkara yang dipercayai akan membuatkan majlis tampak sempurna adalah busana yang dikenakan pada hari tersebut. Pasti keyakinan memuncak apabila mengenakan persalinan pengantin rekaan pereka fesyen kegemaran anda. Berikut merupakan di antara pereka pakaian pengantin dalam dan luar negara yang menjadi kegilaan ramai bakal pengantin.
Vera Wang
Ayat “you do not alter Vera to fit you, you alter yourself to fit Vera” di dalam filem Bride’s War menunjukkan standard Vera Wang sebagai pereka busana pengantin.
Elie Saab
Pasti ramai yang jatuh cinta dengan baju kahwin Blair Waldorf yang direka oleh Elie Saab di dalam episod terakhir Gossip Girl.
KOLEKSI BUSANA PENGANTIN UNIK >>
Oscar de la Renta
Setiap helaian Oscar de la Renta pasti berbeza dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri.
Alexander McQueen
Rumah fesyen yang sememangnya eksklusif sehinggakan Kate Middleton sendiri memakainya di hari perkahwinannya dengan Putera William.
NORA DANISH BERCERITA TENTANG PERKAHWINAN KEDUANYA >>
Vivienne Westwood
Mahukan sesuatu yang berani, Vivienne Westwood pasti ada busana yang terbaik untuk anda. Lihat sahaja persalinan pengantin Carrie Bradshaw di dalam filem Sex and The City. Daring sungguh!
Rizalman Ibrahim
Sudah lama bertapak di dalam bidang rekaan pakaian pengantin, pemilik Glam Weddings ini tahu apa setiap pengantin mahukan dan apa yang sesuai buat mereka.
Innai Red
Jenama yang sangat versatil. Katakan sahaja rekaan yang anda mahu, moden atau tradisional, sopan atau sedikit seksi. Pasti jenama ini mampu menepati selera anda.
Rico Rinaldi
Di antara pereka tempatan yang berani menerapkan elemen-elemen yang lain dari yang lain di dalam busana pengantinnya. Penggunaan bulu yang berwarna putih membuatkan pengantin tampak lebih moden dan edgy.
TAMPIL BERLAINAN KE MAJLIS PERKAHWINAN >>
Alia Bastamam
Walaupun Alia baru sahaja melancarkan koleksi pengantin pertamanya, namun begitu setiap helaian mempunyai keunikannya yang tersendiri dan sesuai dikenakan oleh masyarakat yang berbilang bangsa.
Jovian Mandagie
Tidak perlu mempertikaikan kemampuan pereka ini, rekaan kreatifnya membuatkan Jovian menjadi antara pereka busana pengantin yang digemari ramai.